My photo
Serdang, Selangor, Malaysia

Saturday, July 2, 2011

Tahniah kawan-kawan

Assalammualaikum & selamat petang

Lama betol cik ct xbukak blog ni. Lately ni macam2 hal nak kene setelkan. Banyak sangat kerja kene siapkan sebelum pergi bercuti ke sabah bersama kawan2 T-Recs (Rujuk sini).

Minggu cuti sekolah bulan 5 & 6 yang lepas ramai sangat kawan2 cik ct yang mendirikan rumah tangga. Terlalu banyak undangan yang cik ct terima sampai ada yang xdapat nk dipenuhi. Maaf ye cik ct xdapat pergi wedding korang.

Apapun, cik ct ucapkan tahniah kepada kawan2 yang mendirikan rumah tangga. Semoga kalian berbahagia sepanjang hayat, dilimpahi rezeki yang halal dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Amin.. :)

Majlis yang sempat cik ct datang

Dalila Jasan (labmate)

Ery (Classmate 5 Cekap 2003)

Hazirah Haron (KTDIan UPM)

My best friend wedding, Juan

Majlis yang cik ct tak sempat datang

Kak Bibah (Floormate, KTDI UPM)

Elfy Reza (Schoolmate, SMKSM)

Azeze (Classmate, 5 Cekap, 2003)

Alwani (KTDIan, UPM)

Aida (Kawan sekampung)

Zila Badri (Classmate 5 Cekap, 2003)

Kak Ita Rohaida (Floormate, KTDI UPM)

Kak Waja (Senior lab, UPM)

Lai & Kapal (Classmate UPM)

Khairil (Adik Nurul, roomate KMJ)

Thursday, March 10, 2011

Debor hati tengok Buletin Utama malam td

Assalammualaikum & selamat sejahtera.Link

Hurm, korang tengok buletin utama malam tadi x? Lepas buka puasa & solat maghrib, cik ct bersama-sama housemate yang lain santai menonton buletin utama tv3. Mengikuti perkembangan semasa tanah air. Tapi, ada 1 berita yang membuatkan cik ct tersentap dan berdebor hati dengan serta merta je. Klik link kat bawah ni k untuk mengetahui apa berita yang mengaggu gugah ketenangan hati cik ct malam tadi.

http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Jangkitan_Adenovirus_Pulapol_Ditutup_Sementara_Waktu.html


Seorang teman baik cik ct sedang mengikuti latihan di PULAPOL Jalan Semarak ini. 9 bulan bermula dari 1/3/11 hingga 30/11/11. Lama. Sepanjang latihan, tidak dibenarkan membawa telefon bimbit. Oleh itu, memang beliau tidak akan dapat dihubungi melainkan beliau sendiri yang menghubungi kami semua di luar ini. Bila keluar je berita macam ni kat headline buletin utama tv3, wajib la cik ct risau akan keadaan beliau. Tidak mampu berbuat apa, wahai sahabat, kupanjatkan doa semoga dirimu dalam keadaan yang sihat dan terpelihara dari sebarang malapetaka, bencana, hasad dengki dan wabak penyakit seperti yang dilaporkan semalam.

Amin.......

Nur Syahmina Binti Rohaizad

Assalammualaikum. Hai..hai..haii... :D





Hai uncle2, aunty2 semua. Nama saya Nur Syahmina Binti Rohaizad. Comel kan saya. Hehe.. Saya baru je lahir hari ahad lepas (6/3/11) pukul 12.30 tengah hari di hospital batu pahat. Kesian ibu saya penat masa nak keluarkan saya. Terima kasih ibu. :) Mina sayang ibu. hehe..Muah3 untuk ibu dengan ayah.

Ha... ni la anak pada kawan baik cik ct, Fadilah. Tapi cik ct belum sempat lagi nak lawat mina sebab sibuk jugak la sekarang ni. Tak sempat nak balik kampung. Gamba2 ni semua deela yang mms pada cik ct. Thanx deela. heeeeee

Sedikit review pasal fadilah:-
1) Kami sekelas dari darjah 1 (SK. Seri Sejati) sampai la kat matrik (H43, KMJ). Lama kan? haha
2) Dulu zaman sekolah rendah + sekolah menengah, kitorng xpernah rapat pun.
3) Masuk matrik baru la mula rapat sikit. Sebab cik ct dengan dia je yang dari sekolah ktorng yang masuk KMJ time tu
4) Lepas matrik, cik ct masuk UPM, deela plak masuk UMT
5) Fadilah ni manja orangnye, kadang2 degil sikit dan tak ramai kawan maybe sebab diorang tak boleh masuk dengan perangai deela. hehe..cik ct je yang tahan dengan dia kot dari dulu sampai sekarang ni deela dah ada anak. haha
6) Dia kenal dengan hubby dia tak lama pun. Kenal through ym, then contact kat hp lebih kurang 3 bulan macam tu, terus bertunang.
7) Tunang pun tak lama. 6 bulan je. Lepas tu diorang terus kawen (30/5/2011)

By the way dila, tahniah. Hidup kau dah lengkap dah ni. Heheh.. :)

Tuesday, March 8, 2011

Kisah si pencuri profesional

Assalammualaikum & selamat malam semua.. :)

Macam mana hari kalian semua hari ini? Cik ct macam biasa saja. Letih sikit. Hari ini cik ct puasa. Cuaca pulak panas. Tu yang terasa letih tu.

Entry cik ct kali ni nak cerita kisah si pencuri profesional. Jeng3.. :D

Kisahnya bermula begini. Hari ahad lepas, cik ct tinggal sorang2 je kat rumah ni. Housemate semua tak ada. Ada yang balik kampung, dating, keluar dengan kawan2 & pergi mengajar tusyen.

Nak dijadikan cerita, malam tu cik ct ralit online dan update blog yang hampir2 bersawang ni. Heheh.. Mana nak sedar yang housemate cik ct yang pergi mengajar tusyen tu ada keluarkan ikan+ayam dari peti sejuk untuk dinyahbekukan. Dia mahu masak untuk bf nya usai pulang dari tusyen.

Lebih kurang jam 9.30 pm, housemte cik ct balik tusyen dah..

Tengah2 leka cik ct tengok laptop, tibe2, housemate cik ct jerit dari dapur.

"ct, sapa ye yang ada masak ikan fara? ada 2 ketul td fara keluarkan dari peti ais"-fara
"eh? mana ada orang masak, fara"- cik ct membalas
"la..ni mesti gemok curi ni"-fara menggumam
"ye ke? tapi serius tak perasan pun dia bergaduh2 kat dapur td, aish..semakin bijak ni"-cik ct

Maka, kitorang pun menjalankan la tugasan menyiasat dan menjejaki bahan2 bukti ala2 CSI gitu. hehe.. Serius! tak jumpa sebarang tulang @ sisa2 ikan langsung. Cume ada 1 je sisik ikan kat lantai. Memang sah! Gemok la punya angkara.

Memang dia sangat profesional. Terlalu profesional! Mana taknya. Ikan tu dalam mangkuk yang bertutup. Tapi dia berjaya buka penutup mangkuk tu tanpa menterbalikkan mangkuk yang penuh dengan ikan dan ayam. Tak ada bunyi bising pulak tu.

Lagi, dia tidak meninggalkan sebarang jejak kecuali sisik ikan di lantai. Mana pergi tulang2 ikan? Haaa..ape lagi, memang dia bersihkan semua sekali masuk dalam perut dia la. Ish3..

Dia tidak tamak! Hanya menghabiskan 2 ketul ikan tanpa mengusik lauk2 yang lain. Memang handal dan sangat profesional. Ish2..training kat mana la ni. Hurmm

Lepas kenyang, terus tido kat ruang tamu. Tdo dalam kepuasan dan kekenyangan. Tapi, dengar je bunyi motor fara balik tusyen, dia yang tengah nyenyak sangat2 tu terus bangun, dan keluar dari rumah. Ow no! Bijaknye dia..hurm

Aduhai kucing2. Kucing pun bijak sampai jadi profesional. Kucing pun ada iltizam untuk mendapatkan sesuatu yang sangat2 dia hajatkan. Kucing pun pandai mencari dan menggunakan setiap peluang dan kesempatan yang ada untuk menggapai impiannya. Kita ni, manusia yang sihat akal dan tubuh badan, agak2 boleh jadi profesional macam kucing cik ct ni tak eh? Bijak mencari dan menggunakan peluang untuk mendapatkan apa yang dicita2 kan? Renung2kan dan selamat beramal. Heheh..tp, jangan la jadi pencuri profesional k. Jadi saintis profesional tak pe..:D



Sunday, March 6, 2011

Anak kucing baru..waaawweeeee

Assalammualaikum & selamat malam semua.

Selamat berhujung minggu cik ct ucapkan kepada semua teman2 blog cik ct. Hari ni cik ct terasa teramat malas yang amat. Tak tau la apasal. Maybe sebab hujung minggu kot. hehe

Ok2.. entry kali ni bukan nak cakap pasal malas. Tapi cik ct nak cerita pasal anak2 kucing baru cik ct. Last week cik ct balik kg di batu pahat. Di samping nak melawat family (jumpe mak, abah, adik2, nenek, atuk, jiran), cik ct nak jugak jumpa haiwan2 peliaharan emak kat kg.:)

Mak ada anak kucing baru. Waaaaaaaweeeeeeee....comel sangat! Ada 3 ekor. Kebetulan belum ada nama masing2 ni, cik ct pun kerut2 kepala, pejam2 mata sambil garu2 kepala nak fikir ape nama yang sesuai untuk si comel2 ni semua. Dah puas dok fikir2, akhirnya cik ct bagi nama kemabang, kuncup dan janggut. Hahahhaha..comel tak? :D

Ini la gamba mereka yang comel2 ni. Semoga terhibur dan gigit2 kuku melihat kecomelan mereka ya! Enjoy & selamat berhujung minggu..Heee...Cik ct nak tengok MERLIN jap lagi..bye2. Muah! luv ya! :*

Saturday, March 5, 2011

Post yang mengguris hati

Assalammualaikum & selamat sejahtera.

Semoga kalian sentiasa dilindungi dan dirahmati hendaknya. Alhamdulillah, setakat hari ini, cik ct masih lagi sihat dan mampu untuk mencoretkan sesuatu di laman blog cik ct ini.

Post cik ct kali ni sekadar mahu berkongsi dengan rakan2 blog cik ct 1 post di laman web sosial porpular, facebook yang sangat mengguris perasaan cik ct. Post ni di buat oleh bekas housemate cik ct kepada seorang lagi ex-housemate cik ct juga dan dikomen oleh housemate cik ct. hurmm

Ape je yang mengguris hati tu kan? Mesti kalian tertanya2.huhu.

Cerita dalam post itu bermula dengan perbualan antara seorang ibu dan bakal ibu. Berkisar tentang hal pengurusan anak dan pengalaman mengandung. Tetapi apabila masuk je housemate cik ct yang sorang ni, perbualan berubah corak bertanya tentang pekerjaan. Sama ada sudah mendapat kerja atau belum. Tiba2 ada pulak comment sebegini:-

"...ko concentrate la kat thesis ko ye. Kalau agak2 tak de orang amek ko keje, ko amek la phd, orang amek phd bole beli kereta..."

OK! Serius cik ct sangat tersentap dengan komen orang itu. Sebab cik ct tau, komen itu menuju kepada cik ct. Cik ct tak berapa pasti apa niat dia berkata2 sebegitu, tetapi ape yang jelas, cik ct sangat berkecil hati dengan kata2 itu. :(

Ape je salah cik ct pernah buat pada dia sampai nk keluarkan ayat2 dengki macam tu. Ayat macam tu seolah2 nk cakap yang tak ada orang nk amek cik ct kerja so that, cik ct sambung phd. Bila da sambung phd, cik ct guna duit biasiswa untuk beli kereta. :(

Owh. Tak perlu cik ct beritahu semua orang ape yang cik ct buat kot. Fyi...cik ct dah dapat kerja sebaik sahaja cik ct hanta thesis sebelum viva dulu. Sekitar bulan 5 2010. Kerja di MARDI. Tapi cik ct tolak tawaran kerja itu sebab Prof tak bagi cik ct pergi sana. Dia pujuk cik ct buat phd dengan dia. Lepas berbincang dengan keluarga+buat solat istikharah, cik ct tekad sambung phd, dan tolak kerja kat MARDI tu. Ingat senang ke nk dapat kerja kat MARDI? Main sedap mulut ko je kan cakap macam seolah2 cik ct cari kerja tak dapat?!

Hal beli kereta. Masa cik ct beli kereta ni, cik ct belum ada apa2 financial support lagi tahu tak?! BELUM ADA! fyi again, cik ct memang bertekad dari dulu lagi nk beli kereta. Oleh itu, sejak dari buat master lagi, cik ct dah kumpul duit sendiri untuk beli kereta.

Niat cik ct beli kereta bukan untuk menunjuk2 atau untuk memudahkan cik ct keluar berpoya2, tapi cik ct beli kereta sebab adik2 cik ct dah besar2. Yang paling bongsu pun dah form 2. Kereta abah dah tak muat. Lagi 3 tahun abah dah pencen. Adik2 termasuk cik ct sendiri pun masih belajar lagi. Mana mampu abah nk beli kereta baru dan menanggung hutang lagi. Sudah jadi tanggungjawab cik ct selaku anak sulung untuk meringankan beban abah+emak. Sekali lagi, tak perlu nk jelaskan pada semua orang kot ape je yang kita buat. Tapi memang dah lumrah alam agaknya, pasti akan ada yang iri hati dan bermulut longkang dengan sedikit kelebihan yang ada pada diri ini.

Mungkin ada iktibar dari post cik ct kali ini. Bagi kalian semua rakan2 blogger cik ct, semoga kalian semua terhindar dari hasad dengki manusia yang iri hati. Pesan cik ct, jangan la kalian mengguris perasaan orang lain melalui post2 yang berunsur iri hati dan dengki. Kita sepatutnya saling mendoakan kejayaan kita bersama. Bukan iri hati dengan kejayaan orang lain. Mungkin pada mulanya cik ct sukar untuk memafkan orang2 itu, tetapi pujukan emak mencairkan hati cik ct untuk memaafkan sahaja mereka2 yang terlibat itu. Semoga mereka semua berubah. Wallahualam.


Saya masih seorang pelajar

Assalammualaikum..dan selamat sejahtera :)

Cik ct kene bebel tadi dengan seorang teman. Dia suruh cik ct update blog ni. Hihihi..Lamanye tak update blog. Busy sepanjang hari. Sory ye..

Tidak keterlaluan untuk cik ct katakan bahawa tahun 2011 ni mungkin merupakan tahun yang bermula dengan perkara2 yang baik dalam kehidupan cik ct. Alhamdulillah, setelah berhempas pulas selama 2 tahun setengah, akhirnya cik ct berjaya menamatkan pengajian di peringkat master cik ct. Syukur Alhamdulillah (klik sini).

Pada 27/1/2011, cik ct dah dapat surat senat menandakan bahawa status pengajian master cik ct dah habis dan sudah lulus. Dapat je surat senat dari kaunter 5 GSO, cik ct terus pergi ke kaunter 1 GSO untuk mendaftar sebagai pelajar phd pula. Syukur kepada Allah kerana memberikan cik ct peluang untuk sampai ke tahap ini. :)

Cik ct dapat nombor matrik yang cantik GS29911. Heheh..suke3.. :). Sebagai pelajar baru, walaupun bukan baru di UPM (almost 6 years been here), cik ct ada welcoming ceremony yang dianjurkan oleh GSO dan fakulti. Ikut je la apa orang dah aturkan untuk kita. :). Dia suruh kite menyumpah je. eh..eh..bukan..angkat sumpah je..hihi..


Buku panduan untuk pelajar2 fakulti sains (bosan je buku ni..:P)

Habis je semua2 aktiviti ni, maka bermula lah hari2 sibuk cik ct meneruskan langkah kehidupan sebagai seorang pelajar. ye, saya masih lagi seorang pelajar. Semoga rakan2 diluar sana boleh turut serta mendoakan semoga pengajian cik ct lancar sehingga di penghujung pengajian cik ct ye. Amin.. :)