My photo
Serdang, Selangor, Malaysia

Saturday, March 5, 2011

Post yang mengguris hati

Assalammualaikum & selamat sejahtera.

Semoga kalian sentiasa dilindungi dan dirahmati hendaknya. Alhamdulillah, setakat hari ini, cik ct masih lagi sihat dan mampu untuk mencoretkan sesuatu di laman blog cik ct ini.

Post cik ct kali ni sekadar mahu berkongsi dengan rakan2 blog cik ct 1 post di laman web sosial porpular, facebook yang sangat mengguris perasaan cik ct. Post ni di buat oleh bekas housemate cik ct kepada seorang lagi ex-housemate cik ct juga dan dikomen oleh housemate cik ct. hurmm

Ape je yang mengguris hati tu kan? Mesti kalian tertanya2.huhu.

Cerita dalam post itu bermula dengan perbualan antara seorang ibu dan bakal ibu. Berkisar tentang hal pengurusan anak dan pengalaman mengandung. Tetapi apabila masuk je housemate cik ct yang sorang ni, perbualan berubah corak bertanya tentang pekerjaan. Sama ada sudah mendapat kerja atau belum. Tiba2 ada pulak comment sebegini:-

"...ko concentrate la kat thesis ko ye. Kalau agak2 tak de orang amek ko keje, ko amek la phd, orang amek phd bole beli kereta..."

OK! Serius cik ct sangat tersentap dengan komen orang itu. Sebab cik ct tau, komen itu menuju kepada cik ct. Cik ct tak berapa pasti apa niat dia berkata2 sebegitu, tetapi ape yang jelas, cik ct sangat berkecil hati dengan kata2 itu. :(

Ape je salah cik ct pernah buat pada dia sampai nk keluarkan ayat2 dengki macam tu. Ayat macam tu seolah2 nk cakap yang tak ada orang nk amek cik ct kerja so that, cik ct sambung phd. Bila da sambung phd, cik ct guna duit biasiswa untuk beli kereta. :(

Owh. Tak perlu cik ct beritahu semua orang ape yang cik ct buat kot. Fyi...cik ct dah dapat kerja sebaik sahaja cik ct hanta thesis sebelum viva dulu. Sekitar bulan 5 2010. Kerja di MARDI. Tapi cik ct tolak tawaran kerja itu sebab Prof tak bagi cik ct pergi sana. Dia pujuk cik ct buat phd dengan dia. Lepas berbincang dengan keluarga+buat solat istikharah, cik ct tekad sambung phd, dan tolak kerja kat MARDI tu. Ingat senang ke nk dapat kerja kat MARDI? Main sedap mulut ko je kan cakap macam seolah2 cik ct cari kerja tak dapat?!

Hal beli kereta. Masa cik ct beli kereta ni, cik ct belum ada apa2 financial support lagi tahu tak?! BELUM ADA! fyi again, cik ct memang bertekad dari dulu lagi nk beli kereta. Oleh itu, sejak dari buat master lagi, cik ct dah kumpul duit sendiri untuk beli kereta.

Niat cik ct beli kereta bukan untuk menunjuk2 atau untuk memudahkan cik ct keluar berpoya2, tapi cik ct beli kereta sebab adik2 cik ct dah besar2. Yang paling bongsu pun dah form 2. Kereta abah dah tak muat. Lagi 3 tahun abah dah pencen. Adik2 termasuk cik ct sendiri pun masih belajar lagi. Mana mampu abah nk beli kereta baru dan menanggung hutang lagi. Sudah jadi tanggungjawab cik ct selaku anak sulung untuk meringankan beban abah+emak. Sekali lagi, tak perlu nk jelaskan pada semua orang kot ape je yang kita buat. Tapi memang dah lumrah alam agaknya, pasti akan ada yang iri hati dan bermulut longkang dengan sedikit kelebihan yang ada pada diri ini.

Mungkin ada iktibar dari post cik ct kali ini. Bagi kalian semua rakan2 blogger cik ct, semoga kalian semua terhindar dari hasad dengki manusia yang iri hati. Pesan cik ct, jangan la kalian mengguris perasaan orang lain melalui post2 yang berunsur iri hati dan dengki. Kita sepatutnya saling mendoakan kejayaan kita bersama. Bukan iri hati dengan kejayaan orang lain. Mungkin pada mulanya cik ct sukar untuk memafkan orang2 itu, tetapi pujukan emak mencairkan hati cik ct untuk memaafkan sahaja mereka2 yang terlibat itu. Semoga mereka semua berubah. Wallahualam.


2 comments:

  1. owh.

    cik ct, saya sungguh terharu tatkala membaca entri kali ini

    sungguh...dari jauh lubuh hati saya...
    anda sungguh mulia di sisi keluarga

    biarkan la apa orang nak cakapkan, yangpenting niat kita ikhlas. kalau niat kita ikhlas, tuhan itu akan balas dengan setimpal
    mudah.... cik ct dah bjaya siapkanmaster. tuhan dah kurniakan sesuatu yg tak ternilai pada cikct.

    Pasal hal kereta2 ni , biarklanlah apa orang nak cakap.
    Kawan sy pernah cakap

    "Seseorang cakap buruk/perli/fitnah kita kerana dia iri hati dengan apa yg kita ada dan dia tiada"

    yang penting, janganlah cik ct balas balik perbuatan dia,biar Tuhan yang balas. Percayalh, balasan tuhan sekejap sahaja ditunjukkan

    ok
    betul tak enchik katakan, biler dgn berblog, cikct akan lebih mudah meluahkan apa yg terpendam.
    cikct sedar tak yg sebenarnya cikct juga telah memberi pengajaran kepada para2 bloggers lain if membaca entri kali ini.. dakwah juga namanya

    alhamdulilillah

    : )

    ReplyDelete
  2. :)
    Thanx ijoy..Heheh..mungkin cik ct semakin dewasa kot...hahhahaha....

    Alhamdulillah..

    ReplyDelete