My photo
Serdang, Selangor, Malaysia

Tuesday, March 8, 2011

Kisah si pencuri profesional

Assalammualaikum & selamat malam semua.. :)

Macam mana hari kalian semua hari ini? Cik ct macam biasa saja. Letih sikit. Hari ini cik ct puasa. Cuaca pulak panas. Tu yang terasa letih tu.

Entry cik ct kali ni nak cerita kisah si pencuri profesional. Jeng3.. :D

Kisahnya bermula begini. Hari ahad lepas, cik ct tinggal sorang2 je kat rumah ni. Housemate semua tak ada. Ada yang balik kampung, dating, keluar dengan kawan2 & pergi mengajar tusyen.

Nak dijadikan cerita, malam tu cik ct ralit online dan update blog yang hampir2 bersawang ni. Heheh.. Mana nak sedar yang housemate cik ct yang pergi mengajar tusyen tu ada keluarkan ikan+ayam dari peti sejuk untuk dinyahbekukan. Dia mahu masak untuk bf nya usai pulang dari tusyen.

Lebih kurang jam 9.30 pm, housemte cik ct balik tusyen dah..

Tengah2 leka cik ct tengok laptop, tibe2, housemate cik ct jerit dari dapur.

"ct, sapa ye yang ada masak ikan fara? ada 2 ketul td fara keluarkan dari peti ais"-fara
"eh? mana ada orang masak, fara"- cik ct membalas
"la..ni mesti gemok curi ni"-fara menggumam
"ye ke? tapi serius tak perasan pun dia bergaduh2 kat dapur td, aish..semakin bijak ni"-cik ct

Maka, kitorang pun menjalankan la tugasan menyiasat dan menjejaki bahan2 bukti ala2 CSI gitu. hehe.. Serius! tak jumpa sebarang tulang @ sisa2 ikan langsung. Cume ada 1 je sisik ikan kat lantai. Memang sah! Gemok la punya angkara.

Memang dia sangat profesional. Terlalu profesional! Mana taknya. Ikan tu dalam mangkuk yang bertutup. Tapi dia berjaya buka penutup mangkuk tu tanpa menterbalikkan mangkuk yang penuh dengan ikan dan ayam. Tak ada bunyi bising pulak tu.

Lagi, dia tidak meninggalkan sebarang jejak kecuali sisik ikan di lantai. Mana pergi tulang2 ikan? Haaa..ape lagi, memang dia bersihkan semua sekali masuk dalam perut dia la. Ish3..

Dia tidak tamak! Hanya menghabiskan 2 ketul ikan tanpa mengusik lauk2 yang lain. Memang handal dan sangat profesional. Ish2..training kat mana la ni. Hurmm

Lepas kenyang, terus tido kat ruang tamu. Tdo dalam kepuasan dan kekenyangan. Tapi, dengar je bunyi motor fara balik tusyen, dia yang tengah nyenyak sangat2 tu terus bangun, dan keluar dari rumah. Ow no! Bijaknye dia..hurm

Aduhai kucing2. Kucing pun bijak sampai jadi profesional. Kucing pun ada iltizam untuk mendapatkan sesuatu yang sangat2 dia hajatkan. Kucing pun pandai mencari dan menggunakan setiap peluang dan kesempatan yang ada untuk menggapai impiannya. Kita ni, manusia yang sihat akal dan tubuh badan, agak2 boleh jadi profesional macam kucing cik ct ni tak eh? Bijak mencari dan menggunakan peluang untuk mendapatkan apa yang dicita2 kan? Renung2kan dan selamat beramal. Heheh..tp, jangan la jadi pencuri profesional k. Jadi saintis profesional tak pe..:D



2 comments:

  1. warghh!! comelnya

    dan sangat licik!!!!!

    kena pasang cctv, rekod dan hantar kt TV

    sure best

    ReplyDelete
  2. hahahha!! tau xpe... enchik kene la didik john+jehnny jd licik dan cerdik jugak..hehe

    ReplyDelete