My photo
Serdang, Selangor, Malaysia

Wednesday, October 28, 2009

Raya 2009

Ni dah terlambat sebenarnye nk post pasal hari raya ni..ye la...mana taknye..da sebulan da berlalu..sekarang ni pun jemaah haji dah mule berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadat haji yang hanya boleh dilakukan setahun sekali bagi yang mempunyai kemampuan dari segi fizikal, mental dan kewangan..

Tiada yang terlalu istimewa berbanding raya tahun2 sudah. Semuanya dilakukn dengan serba sederhana. Memang emak dan abah mendidik aku dan adik beradik supaya sentiasa besederhana dalam segenap hal. Terima kasih mak dan abah yang sentiasa menyokong dan memberi tunjuk ajar pada kami supaya menjadi anak2 yang soleh dan cemerlang.

Rya tahun ni aku mendapat kunjungan yang agak istimewa dari sahabat ku..cik shida...xsangka dia sanggup turun ke selatan ni semata2 kerana dia bosan kene tinggal sorang2 kat umah dek kerana semua orang dirumahnya telah mulai bekerja..haha..kasihan sungguh..apa2 hal pun, ct harap dah bagi layanan yang baik kat cik shida ye..n, jangan serik untuk datang ke batu pahat lagi..

Raya tahun ni jugak aku agak sakan pergi beraya. Banyk gak rumah2 kawan yang aku dah lama xpergi, aku pegi tahun ni..Baraan kat kg pun aku pergi jugak..(menakjubkan ye ble aku gi baraan ni).hahaa...

Raya tahun ni jugak buat pertama kalinya, aku dapat beraya dengan Paktok kerana tahun2 sudah, Paktok beraya kat JB sebab kene bertugas sebagai bilal di Masjid Johor Jaya. Selalunya, lepas habis puasa 6 baru la paktok balik kg beraya dengan kitorang semua. Happy dan terkejut dapat beraya dengan Paktok 1st raya tahun ni.

Raya tahun ni jugak pertama kali aku beraya tanpa arwah Atuk Aim..beliau telah pulang ke Rahmatullah 2 bulan sebelum puasa akibat penyakit barah perut. Sedihnye..terasa lain raya ini tanpa beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Raya tahun ni jugak buat pertama kalinya aku pergi beraya ke tumah Cikgu Rozanita (guru kelas kesayangan 5 Cekap 2003) bersama2 dengan rakan2 kelas yang lain..haha..kelakarnye. Sebab selama ni abah xbagi pergi. tapi tahun ni dia ok pulak bile aku cakap nak pergi beraya jauh2 sikit. Mungkin dia dah sedar dah yang anak dia ni dah besar dah sebenarnye. heee...

Raya tahun ni jugak, aku brjaya buat puasa sunat 6 hari di bulan syawal..Alhamdulillah........

Raya tahun ni jugak la pertama kali aku pergi open house. Selama hari ni kalau ada open house, memang aku xpergi sebab xder transport n banyak lagi problem lain if nak pergi. hurmm...banyak jugak bende yang 1st time aku buat raye tahun ni ye..wassalam..