My photo
Serdang, Selangor, Malaysia

Wednesday, May 22, 2013

Sakit di sihir


Allah.

Selama hari ni, tak pernah terfikir pun dalam kepala cik ct ni yang cik ct akan merasai sakit akibat di sihir atau lebih specific, kene santau.

Sakit. Sangat menyakitkan. Sedih. Terlalu menyedihkan. 

Dalam fikiran masa tu cuma fikir ajal dah sampai. Dah redha kalau umur tak panjang.

Sakitnya di sihir itu hanya orang yang merasainya sahaja yang tahu macam mana rasa dia. Keadaan cik ct masa kene sihir tu agak teruk walaupun tak seteruk orang lain.

Cik ct sedar diri kene santau bila mana badan cik ct ni selalu sangat sakit2, lemah2, tak larat selalu, demam tak kebah2, batuk tak baik2, asik nak tdo je tak pernah puas2 dan rasa merenyam gatal2 kat badan tapi tak nampak ape yang menggatalkan kat badan tu.

Nak kata  pergi jumpa doctor, da kerap sangat pergi. Tapi tak baik2 gak. Ubat? Dah tak lalu nak tengok. Nak telan ape ntah lagi. Masa tu la cik ct terfikir; "aku ni sakit ape? lain macam je".

Lepastu, cik ct pergi jumpa ustad. Kebetulan masa tu ada org lain yang berubat gak. Waktu tengok dia berubat, badan cik ct ni rasa lain macam. Macam kene belasah. Sakit2. Bulu roma abis merinding semuanya. Rasa nak muntah semua ada. Bila mana orang tu da selesai berubat, cik ct mintak ustad tu ubatkan cik ct pulak.

Bila ustad pegang je badan belakang cik ct ni, rasa macam tangan ustad tu ada pisau. Tajam. Menyakitkan. Ustad tepuk 3 kali, cik ct terus muntah. 1 mangkuk penuh. Bila cik ct amati ape isi dalam mangkuk tu, cik ct terpandang 2 ekor lintah yang dah mati. Allah! Tuhan je yang tahu ape perasaan cik ct masa tu. Menangis tak berenti di buatnya.

Banyak rawatan susulan lepas tu. Malas lah nak ingat balik. Alhamdulillah, sekarang ni da pulih sepenuhnya. Terasa diri sendiri dah balik. Seronok tau tak. Syukur ya Allah.

Cik ct tahu siapa yang sihirkan cik ct. Tak pe, cik ct maafkan dia, doakan semoga dia dapat hidayah. Bertaubat pada Allah taala. 

"Ya Allah! Engkau ampunkan lah dosa org yang telah menyihirku. Amin.."

Sekian,
22/5/2013

Tuesday, May 21, 2013

Lepas Tragedi 26 Sept 2011

Feuwh..

Last post oktober 2011? Lama da tinggal blog ni rupenya. Da setahun lebih. Agak2, hikmah ke bala ye yang jadi lepas tragedi 26 september 2011? 

Wallahualam. Ada hikmah. Ada teguran. Ada seksaan. Mana ada manusia dalam dunia ni yang tak de masalah kan? Orang gila je yang tak de masalah.

On that day kereta cik ct kene langgar tu, ada 1 guy yang baik hati, tolong cik ct. Allah. Sangat cik ct hargai pertolongan dia walaupun dia cuma tolong temankan pergi buat report kat balai je. 

Dia ni kawan baik pada kawan cik ct. Di pendekkan cerita, since that day, cik ct dengan dia berkenalan dengan lebih jauh lagi. Akhirnya kami serius dalam hubungan yang di bina. Dia lamar cik ct jadi wife dia pada 20/12/11. Terharu sangat dengan dia sebab dia bersungguh2 tackle cik ct.

Lepas cik ct terima lamaran dia, dia terus call mak dia yang waktu tu ada kat New Zealand. Mak dia restu. Alhamdulillah. Seminggu kemudian, dia terus beli tiket flight ke New Zealand. Nak jempt mak dia balik M'sia. 

Masa dia kat New Zealand, tiba2, dia hanta sms. Bagitahu nak beli cincin kat sana, nanti dia balik m'sia terus bertunang. Feuwh. mane tak terkejut beruk cik ct dbuatnya. Hurm. Dalam terkejut tu, berbunga2 la jugak hati ni kan. hehe..

Lepas dia balik dari New Zealand, dia bawak cik ct jumpa mak dia. Mak dia baik sangat. Lepas jumpa mak dia, dia sanggup pegi jumpa family cik ct kat kg (johor). Masa tu dia masih jet lag lagi tu. Sape tak terharu kan. Alhamdulillah, semua restu. Abah kata jangan bertunang lama2. 

Tapi.. apakan daya.. 2 bulan lepas tu, dia da start ade perubahan dari segi layanan dia pd cik ct. Tak mesra, nak marah2, cik ct tanya elok2 pun dia marah2. Tak tahu mane salah cik ct. hurmm..

Since dia dingin dengan cik ct, hati kecik cik ct ni memang da berkata2 yang dia nak tinggalkan cik ct. 

Dang! selalu je gerak hati ni tepat. Dia mintak putus dengan cik ct masa birthday cik ct last year. 13/5/2012. Kejam. Kenapa mesti masa birthday cik ct? Seumur hidup cik ct akan terkenang bende sedih ni. hurm. 

Da setahun berlalu. cik ct masih mengharapkan hikmah besar di sebalik kesedihan. Walllahualam.. 

Innallaha maas shobirin..
(Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar)

cik ct
21/5/2013