
Hurm, korang tengok buletin utama malam tadi x? Lepas buka puasa & solat maghrib, cik ct bersama-sama housemate yang lain santai menonton buletin utama tv3. Mengikuti perkembangan semasa tanah air. Tapi, ada 1 berita yang membuatkan cik ct tersentap dan berdebor hati dengan serta merta je. Klik link kat bawah ni k untuk mengetahui apa berita yang mengaggu gugah ketenangan hati cik ct malam tadi.
http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Jangkitan_Adenovirus_Pulapol_Ditutup_Sementara_Waktu.html
Seorang teman baik cik ct sedang mengikuti latihan di PULAPOL Jalan Semarak ini. 9 bulan bermula dari 1/3/11 hingga 30/11/11. Lama. Sepanjang latihan, tidak dibenarkan membawa telefon bimbit. Oleh itu, memang beliau tidak akan dapat dihubungi melainkan beliau sendiri yang menghubungi kami semua di luar ini. Bila keluar je berita macam ni kat headline buletin utama tv3, wajib la cik ct risau akan keadaan beliau. Tidak mampu berbuat apa, wahai sahabat, kupanjatkan doa semoga dirimu dalam keadaan yang sihat dan terpelihara dari sebarang malapetaka, bencana, hasad dengki dan wabak penyakit seperti yang dilaporkan semalam.
Amin.......
Amin.......

sm2 kt doakan ye...cian die risau ye.......
ReplyDeleteinsyaAllah..risau gak. Kawan kan.. :D
ReplyDelete