My photo
Serdang, Selangor, Malaysia

Monday, October 31, 2011

tragedi 26 september 2011

Sebelum cerita pasal tragedi, nak wish HAPPY BIRTHDAY YG KE-53 kat abah cik ct dulu..

HAPPY BIRTHDAY ABAH.. SEMOGA PANJANG UMUR, SIHAT SENTIASA, MURAH REZEKI
ABAH MEMANG ABAH YANG BEST!

K, pepagi 26/9/11 cik ct pergi lab macam biasa. Sampai lab lebih kurang pukul 9.30 am, terus cek email. Sekali cek email, manuscript yang anta kat TETRAHEDRON LETTER kene reject plak. Hurm. Frust sebab memang dah bagi full effort kat manuscript tu. Takpe la. Takdak rezeki.

Hari berlalu cam biasa. Boring. Malam, lepas maghrib cik ct ajak housemate cik ct teman cik ct pergi cari hotel. Hotel untuk family cik ct stay masa cik ct konvo 16/10/11 nnt. Housemate sorang lagi suggest suruh gi kat Hotel Sun Inns depan The Mines tu. So, g je sana. Hotel ok. Cantik. Kemas. Selesa. Sampai hotel, cik ct parking kereta betul2 depan pintu hotel. memang tempat parking tu. Tengah discuss dengan receiptionist pasal bilik, tiba2 pak guard panggil cik ct. Dok heran la kenapa pak guard ni panggil2, cik ct keluar la tengok ada apa. Sekali keluar, nmpk pulak pintu kereta cik ct dah kemek. Grr.. TENSION!

Kesian kereta cik ct.. :(

Speechless jap tengok pintu kereta dah kemek camni. Pastu nmpk pulak budak pompuan yang langgar kereta cik ct ni dah menangis2. Dalam hati cik ct dok cakap "eh budak ni..ko dah langgar kereta aku, ko pulak yang nangis? Ni sape kene langgar sebenarnye ni?"

Abah cik ct + abah budak pompuan yang langgar kereta cik ct ni suruh report polis, then claim insurans je. Senang katanya. Tp, lama gile urusan kat balai tu. Dekat pukul 1 baru balik dari balai Hurm.. sabor jela. Bende nak jadi. Mengharapkan ada hikmah di sebalik kejadian ni..

Thursday, October 13, 2011

Tak berani nak meluahkan


Sejak dari zaman sekolah dulu, cik ct memang ramai kawan. Alhamdulillah, ramai orang yang sudi nk kawan dengan cik ct. Sampai ke zaman universiti pun macam tu jugak. Dalam ramai2 kawan cik ct ni, dengan yang 1 ni je cik ct terjatuh hati. Cik ct dah kawan dengan dia hampir 5 tahun. Tapi, baru beberapa bulan ni je cik ct sedar cik ct dah terjatuh hati kat dia. Dia ni baik, tapi sangat perahsia. Dia cuma akan bercerita dengan orang2 yang dia percaya je. Dan salah seorang yang dia sangat percaya adalah cik ct sendiri. :D. Cik ct sangat menghargai kepercayaan yang dia bagi pada cik ct tu.

Sedar tak sedar, mungkin sebab kepercayaan yang dia bagi pada cik ct tu, dan setiap kali ada masalah dia cari cik ct, minta pendapat cik ct, cik ct mula jatuh hati kat dia tanpa pengetahuan dia. Maintain simpan je rahsia hati ni. Cik ct malu n segan sebenarnye nak terus terang pasal rasa hati ni. Takut2 bertepuk sebelah tangan, then akan terjejas persahabatan baik kitorang yang dah 5 tahun ni.

Hurm.. Baru2 ni, tiba2 dia beritahu cik ct yang dia dah punya bidadari yang bertakhta di hati dan akan menamatkan zaman bujang tahun depan. Masa tu, Allah je yang tahu macam mana rasanya hati cik ct ni. Sedih. Belakang dia, meleleh2 air mata. Macam ni rasanya sakit bila cinta tak berbalas. Tapi, cik ct pun ada silapnya. Lambat bertindak meluahkan rasa hati. Tapi..mungkin juga bukan jodoh agaknya. Hurm..

Apa2 pun, cik ct doakan yang terbaik untuk sahabat cik ct ni. Semoga dia berbahagia dengan pasangannya nanti. Cik ct akan cuba kuatkan hati, terima ini sebagai salah 1 cabaran dalam hidup cik ct. Apalah sangat setakat rasa sakit putus cinta ni. :(


Friday, October 7, 2011

Tahniah adik cik ct yang cantik

Salam jumaat semua.. :D

Dah lama cik ct xpost kat blog ni. Bz dan tak ada idea pulak nak post ape. hee... Entry cik ct kali ni khusus untuk 1 1 nya adik prempuan cik ct. Ecah gedik. Kenapa cik ct kata dia gedik? Sebab selain dia ni seorang yang cantik rupe parasnya, dia memang sangat gedik dengan cara dia yang tersendiri. Dia punya gedik tu memang boleh buat orang rasa nak guling2 turun dari bukit la. haha.

Btw, cik ct bukan nak cerita pasal kegedikan dia. Cik ct just nk ucap tahniah atas kejayaan dia yang berjaya menamatkan pengajian di ukm. Syabas! Tahniah! Love u sis! :D. U make us proud of you.. Semoga kamu akan terus berjaya di masa hadapan ye.