My photo
Serdang, Selangor, Malaysia

Saturday, August 6, 2011

Harimau Malaya vs Singa

Salam Ramadhan semua.. :D

Alhamdulillah, masih lagi kita semua diberi kesempatan untuk menyambut bulan puasa tahun ni. Syukur ya Allah. Diam tak diam dah 6 hari kita berpuasa..

Ha..entry kali ni bukan cik ct nak cerita pasal puasa. Tp kisah cik ct pergi tengok bola kat Stadium Nasional Bukit Jalil, 28/7/11 aritu. Malaysia vs Singapura. Jeng3.. excited ok tengok bola kat stadium. Cik ct sangat suka tengok bola sebenarnye. Ingat dulu2 time cik ct kecik lagi, cik ct selalu temankan abah berjaga malam semata2 nak tengok bola. Then, boleh lagi abah pesan

"T..abah nak tdo kejap, nnt kalau terbangun, kejutkan abah tengok bola tau"

Heheh.. Sporting tak abah cik ct.. Di situlah bermulanya minat cik ct nak tengok bola sepak ni. :D. Bila dah terjaga dari tdo, nak tahan mata punya pasal, sanggup ni tolong rebus air, buat air kopi 1 jag untuk cik ct + abah berjaga. Heheh.. Sweet kan.. :D

Kisahnye, 4 hari sebelum perlawanan bermula, cik ct beritahu roomate cik ct iaitu cik pda yang cik ct teringin sangat2 nak pergi tengok bola kat stadium. Cik pda suruh cik ct mesej kawan dia (pitz) sebab pitz yang selalu beli tiket bola. Cik pda tak join ktorng sebab dia join kawan2 sekolah dia. Rupe2nya, belum sempat cik ct nak mesej pitz, cik pda da mesej pitz dulu beritahu cik ct nk join tengok bola kat stadium. Maka, pitz pun mesej cik ct tanye betul nak join ke. Ape lagi, macam orang mengantuk disorongkan bantal.. Sure la dengan girang gembiranya cik ct mahu join... Tp, cik ct letak syarat la. Cik ct tak join kalau cik ct je sorang perempuan di kalangan kitorang. So, cik ct pun ajak la hosmet yang lain. Pjot + Fara join sekali.. hik! suke3!

Haritu memang ramai yang hamat la orang kat stadium. Terdiam gak cik ct tengok gelagat orang tengok bola. Bising + havoc giler dan tak kurang jugak aweks2 hot di sana sini..Nauzubillah... Pergi stadium hari tu, kawan cik ct, a.k.a bf kepada pjot iaitu serabut yang drive kereta cik ct. hehe.. Cik ct malas nk drive meredah jem. :D. Yang naik kereta dengan cik ct ada pjot, fara, serabut n cik ct sendiri la. Yang lain (pitz, koroi, koko, shafique n fizrie) masing2 naik motor sebab malas meredah jem. Awal gak kitorng keluar dari rumah hari tu. Dalam pukul 5. Senang je dapat parking kat TPM. Jalan kaki sikit la nak ke stadim tu. Tp, xjauh pun.

Sampai stadium, lepak luar dulu sementara menunggu jejaka2 yang datang naik motor sambil cuci2 mata tengok gelagat manusia.

Lebih kurang pukul 6.30, lepas semua orang dah sampai, ktorng pun melangkah masuk ke dalam stadium.


Sambil tu cik ct usya2 mana surau sebab senang nk kejar gi solat maghrib nnt. Banyak surau, so, tak yah risau. :D.. Duduk dalam ni ada 1 perasaan kagum dengan semangat rakyat Malaysia yang menyokong pasukan Harimau Malaya malam tu. Patriotik rupenya orang Malaysia ni. Dan terbukti, bola sepak boleh menyatu padukan rakyat Malaysia. huhu (poyo jap).

Hurm.. cik ct tak puas ati sangat dengan match malam tu. Cik ct rasa pemain Singapura sangat tak profesional + desperate nak menang. Main kotor + asik berlakon atas padang. Grr.. Tension je tengok. Dan for the 1st time, cik ct tengok pemain bola sepak yang berperut boroi.. OoOops! bulan pose ni, jangan ngumpat banyak2. hehe.. Apa pun, pemain Malaysia pun ada kelemahan jugak malam tu, terutamanya di bahagian pertahanan. Geram sekali lagi.. :P

Malaysia sekadar seri dengan Singapura malam tu (1-1), menyebabkan pasukan Harimau Malaya tak dapat masuk pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2014. Tak ape lah. Dah bukan rezeki kita. :(. Walaubagaimanapun, cik ct bangga la dengan pemain Malaysia. U did a good job guys! Dont give up k! :D

Perjalanan pulang dari stadium tidak semudah perjalanan datang ke stadium ye kawan2. Penuh onak dan duri. huhu.. Punye la ramai orang, sampai terselit2 dicelah2 gergasi. Kesian kami yang kecik2 ni. Lagi2 pjot. Dia dah lemas dah coz dia ada asma. Nasib baik tak pengsan. Nak meredah lautan manusia menuju ke kereta je dah amek masa 1 jam. ish2. Dahsyat!

Pengalaman. Kata orang, kalau tak ada kat situ, tak dapat la kita nk feel rasa dia macam mana kan? Pengalaman berharga buat cik ct ni. Bila lagi nak datang stadium tengok bola. Hehe... even, ada sedikit ketidakselesaan masa nak balik dari stadium, cik ct tak serik tengok bola kat stadium. Kalau ada peluang, nak pergi lagi.. :D

Sekian, coretan cik ct kali ini..
:D

Saturday, July 30, 2011

Jalan2 kat Tg. Bidara

Assalammualaikum kawan2 semua..

Semua sihat kan? Masih dalam mood yang baik juga kan? Cik ct pun lebih kurang macam tu la. Sihat, mood baik. Itu pasallah tibe2 je rasa macam nak menghapdet blog nih. Hehehe..

Last week (Sabtu, 23/7/11), secara at hock nye bangun tdo je terus bersiap2, stat enjin kete, terus heading to Melaka. Sebab nye, parents datang melaka time tu. Lawat adik cik ct kat matrik melaka.

Cik ct suggest kat diorng, tak kan nk lepak kat matrik je. Boring kot. Jom lepak tepi pantai. Then, abah pun setuju. Ktorang pun g la jenjalan kat Tg. Bidara. Guess what?! This is my first time being here. huhu.. Giler xberjalan kan cik ct ni. Maklum la, dulu tak berduit sangat nak jalan + xde orang ajak jalan. sedey..hihi..

Cantik gak la pantai ni. Bersih je. Kelengkapan pun semua ada. Surau, toilet, gerai makan, memang lengkap dan selesa untuk picnic kat sini. Cik ct puas hati. Selesa. :D

What the most important is, i love spending the whole day there with my lovely family even ecah xjoin sebab dia kerja on that day. Tak pe lah, janji cik ct dapat jumpe mak abah sebelum puasa.

Mak masak nasi lemak. Sedap.. Nyummmyyy... :*.. Dah kenyang perut, jalan2 tepi pantai jap sambil amek2 gamba.. hihii..

Even penat, tp cik ct enjoy sangat kat sana.. :D

Saturday, July 2, 2011

Tahniah kawan-kawan

Assalammualaikum & selamat petang

Lama betol cik ct xbukak blog ni. Lately ni macam2 hal nak kene setelkan. Banyak sangat kerja kene siapkan sebelum pergi bercuti ke sabah bersama kawan2 T-Recs (Rujuk sini).

Minggu cuti sekolah bulan 5 & 6 yang lepas ramai sangat kawan2 cik ct yang mendirikan rumah tangga. Terlalu banyak undangan yang cik ct terima sampai ada yang xdapat nk dipenuhi. Maaf ye cik ct xdapat pergi wedding korang.

Apapun, cik ct ucapkan tahniah kepada kawan2 yang mendirikan rumah tangga. Semoga kalian berbahagia sepanjang hayat, dilimpahi rezeki yang halal dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Amin.. :)

Majlis yang sempat cik ct datang

Dalila Jasan (labmate)

Ery (Classmate 5 Cekap 2003)

Hazirah Haron (KTDIan UPM)

My best friend wedding, Juan

Majlis yang cik ct tak sempat datang

Kak Bibah (Floormate, KTDI UPM)

Elfy Reza (Schoolmate, SMKSM)

Azeze (Classmate, 5 Cekap, 2003)

Alwani (KTDIan, UPM)

Aida (Kawan sekampung)

Zila Badri (Classmate 5 Cekap, 2003)

Kak Ita Rohaida (Floormate, KTDI UPM)

Kak Waja (Senior lab, UPM)

Lai & Kapal (Classmate UPM)

Khairil (Adik Nurul, roomate KMJ)

Thursday, March 10, 2011

Debor hati tengok Buletin Utama malam td

Assalammualaikum & selamat sejahtera.Link

Hurm, korang tengok buletin utama malam tadi x? Lepas buka puasa & solat maghrib, cik ct bersama-sama housemate yang lain santai menonton buletin utama tv3. Mengikuti perkembangan semasa tanah air. Tapi, ada 1 berita yang membuatkan cik ct tersentap dan berdebor hati dengan serta merta je. Klik link kat bawah ni k untuk mengetahui apa berita yang mengaggu gugah ketenangan hati cik ct malam tadi.

http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Jangkitan_Adenovirus_Pulapol_Ditutup_Sementara_Waktu.html


Seorang teman baik cik ct sedang mengikuti latihan di PULAPOL Jalan Semarak ini. 9 bulan bermula dari 1/3/11 hingga 30/11/11. Lama. Sepanjang latihan, tidak dibenarkan membawa telefon bimbit. Oleh itu, memang beliau tidak akan dapat dihubungi melainkan beliau sendiri yang menghubungi kami semua di luar ini. Bila keluar je berita macam ni kat headline buletin utama tv3, wajib la cik ct risau akan keadaan beliau. Tidak mampu berbuat apa, wahai sahabat, kupanjatkan doa semoga dirimu dalam keadaan yang sihat dan terpelihara dari sebarang malapetaka, bencana, hasad dengki dan wabak penyakit seperti yang dilaporkan semalam.

Amin.......

Nur Syahmina Binti Rohaizad

Assalammualaikum. Hai..hai..haii... :D





Hai uncle2, aunty2 semua. Nama saya Nur Syahmina Binti Rohaizad. Comel kan saya. Hehe.. Saya baru je lahir hari ahad lepas (6/3/11) pukul 12.30 tengah hari di hospital batu pahat. Kesian ibu saya penat masa nak keluarkan saya. Terima kasih ibu. :) Mina sayang ibu. hehe..Muah3 untuk ibu dengan ayah.

Ha... ni la anak pada kawan baik cik ct, Fadilah. Tapi cik ct belum sempat lagi nak lawat mina sebab sibuk jugak la sekarang ni. Tak sempat nak balik kampung. Gamba2 ni semua deela yang mms pada cik ct. Thanx deela. heeeeee

Sedikit review pasal fadilah:-
1) Kami sekelas dari darjah 1 (SK. Seri Sejati) sampai la kat matrik (H43, KMJ). Lama kan? haha
2) Dulu zaman sekolah rendah + sekolah menengah, kitorng xpernah rapat pun.
3) Masuk matrik baru la mula rapat sikit. Sebab cik ct dengan dia je yang dari sekolah ktorng yang masuk KMJ time tu
4) Lepas matrik, cik ct masuk UPM, deela plak masuk UMT
5) Fadilah ni manja orangnye, kadang2 degil sikit dan tak ramai kawan maybe sebab diorang tak boleh masuk dengan perangai deela. hehe..cik ct je yang tahan dengan dia kot dari dulu sampai sekarang ni deela dah ada anak. haha
6) Dia kenal dengan hubby dia tak lama pun. Kenal through ym, then contact kat hp lebih kurang 3 bulan macam tu, terus bertunang.
7) Tunang pun tak lama. 6 bulan je. Lepas tu diorang terus kawen (30/5/2011)

By the way dila, tahniah. Hidup kau dah lengkap dah ni. Heheh.. :)

Tuesday, March 8, 2011

Kisah si pencuri profesional

Assalammualaikum & selamat malam semua.. :)

Macam mana hari kalian semua hari ini? Cik ct macam biasa saja. Letih sikit. Hari ini cik ct puasa. Cuaca pulak panas. Tu yang terasa letih tu.

Entry cik ct kali ni nak cerita kisah si pencuri profesional. Jeng3.. :D

Kisahnya bermula begini. Hari ahad lepas, cik ct tinggal sorang2 je kat rumah ni. Housemate semua tak ada. Ada yang balik kampung, dating, keluar dengan kawan2 & pergi mengajar tusyen.

Nak dijadikan cerita, malam tu cik ct ralit online dan update blog yang hampir2 bersawang ni. Heheh.. Mana nak sedar yang housemate cik ct yang pergi mengajar tusyen tu ada keluarkan ikan+ayam dari peti sejuk untuk dinyahbekukan. Dia mahu masak untuk bf nya usai pulang dari tusyen.

Lebih kurang jam 9.30 pm, housemte cik ct balik tusyen dah..

Tengah2 leka cik ct tengok laptop, tibe2, housemate cik ct jerit dari dapur.

"ct, sapa ye yang ada masak ikan fara? ada 2 ketul td fara keluarkan dari peti ais"-fara
"eh? mana ada orang masak, fara"- cik ct membalas
"la..ni mesti gemok curi ni"-fara menggumam
"ye ke? tapi serius tak perasan pun dia bergaduh2 kat dapur td, aish..semakin bijak ni"-cik ct

Maka, kitorang pun menjalankan la tugasan menyiasat dan menjejaki bahan2 bukti ala2 CSI gitu. hehe.. Serius! tak jumpa sebarang tulang @ sisa2 ikan langsung. Cume ada 1 je sisik ikan kat lantai. Memang sah! Gemok la punya angkara.

Memang dia sangat profesional. Terlalu profesional! Mana taknya. Ikan tu dalam mangkuk yang bertutup. Tapi dia berjaya buka penutup mangkuk tu tanpa menterbalikkan mangkuk yang penuh dengan ikan dan ayam. Tak ada bunyi bising pulak tu.

Lagi, dia tidak meninggalkan sebarang jejak kecuali sisik ikan di lantai. Mana pergi tulang2 ikan? Haaa..ape lagi, memang dia bersihkan semua sekali masuk dalam perut dia la. Ish3..

Dia tidak tamak! Hanya menghabiskan 2 ketul ikan tanpa mengusik lauk2 yang lain. Memang handal dan sangat profesional. Ish2..training kat mana la ni. Hurmm

Lepas kenyang, terus tido kat ruang tamu. Tdo dalam kepuasan dan kekenyangan. Tapi, dengar je bunyi motor fara balik tusyen, dia yang tengah nyenyak sangat2 tu terus bangun, dan keluar dari rumah. Ow no! Bijaknye dia..hurm

Aduhai kucing2. Kucing pun bijak sampai jadi profesional. Kucing pun ada iltizam untuk mendapatkan sesuatu yang sangat2 dia hajatkan. Kucing pun pandai mencari dan menggunakan setiap peluang dan kesempatan yang ada untuk menggapai impiannya. Kita ni, manusia yang sihat akal dan tubuh badan, agak2 boleh jadi profesional macam kucing cik ct ni tak eh? Bijak mencari dan menggunakan peluang untuk mendapatkan apa yang dicita2 kan? Renung2kan dan selamat beramal. Heheh..tp, jangan la jadi pencuri profesional k. Jadi saintis profesional tak pe..:D



Sunday, March 6, 2011

Anak kucing baru..waaawweeeee

Assalammualaikum & selamat malam semua.

Selamat berhujung minggu cik ct ucapkan kepada semua teman2 blog cik ct. Hari ni cik ct terasa teramat malas yang amat. Tak tau la apasal. Maybe sebab hujung minggu kot. hehe

Ok2.. entry kali ni bukan nak cakap pasal malas. Tapi cik ct nak cerita pasal anak2 kucing baru cik ct. Last week cik ct balik kg di batu pahat. Di samping nak melawat family (jumpe mak, abah, adik2, nenek, atuk, jiran), cik ct nak jugak jumpa haiwan2 peliaharan emak kat kg.:)

Mak ada anak kucing baru. Waaaaaaaweeeeeeee....comel sangat! Ada 3 ekor. Kebetulan belum ada nama masing2 ni, cik ct pun kerut2 kepala, pejam2 mata sambil garu2 kepala nak fikir ape nama yang sesuai untuk si comel2 ni semua. Dah puas dok fikir2, akhirnya cik ct bagi nama kemabang, kuncup dan janggut. Hahahhaha..comel tak? :D

Ini la gamba mereka yang comel2 ni. Semoga terhibur dan gigit2 kuku melihat kecomelan mereka ya! Enjoy & selamat berhujung minggu..Heee...Cik ct nak tengok MERLIN jap lagi..bye2. Muah! luv ya! :*