My photo
Serdang, Selangor, Malaysia

Saturday, March 5, 2011

Post yang mengguris hati

Assalammualaikum & selamat sejahtera.

Semoga kalian sentiasa dilindungi dan dirahmati hendaknya. Alhamdulillah, setakat hari ini, cik ct masih lagi sihat dan mampu untuk mencoretkan sesuatu di laman blog cik ct ini.

Post cik ct kali ni sekadar mahu berkongsi dengan rakan2 blog cik ct 1 post di laman web sosial porpular, facebook yang sangat mengguris perasaan cik ct. Post ni di buat oleh bekas housemate cik ct kepada seorang lagi ex-housemate cik ct juga dan dikomen oleh housemate cik ct. hurmm

Ape je yang mengguris hati tu kan? Mesti kalian tertanya2.huhu.

Cerita dalam post itu bermula dengan perbualan antara seorang ibu dan bakal ibu. Berkisar tentang hal pengurusan anak dan pengalaman mengandung. Tetapi apabila masuk je housemate cik ct yang sorang ni, perbualan berubah corak bertanya tentang pekerjaan. Sama ada sudah mendapat kerja atau belum. Tiba2 ada pulak comment sebegini:-

"...ko concentrate la kat thesis ko ye. Kalau agak2 tak de orang amek ko keje, ko amek la phd, orang amek phd bole beli kereta..."

OK! Serius cik ct sangat tersentap dengan komen orang itu. Sebab cik ct tau, komen itu menuju kepada cik ct. Cik ct tak berapa pasti apa niat dia berkata2 sebegitu, tetapi ape yang jelas, cik ct sangat berkecil hati dengan kata2 itu. :(

Ape je salah cik ct pernah buat pada dia sampai nk keluarkan ayat2 dengki macam tu. Ayat macam tu seolah2 nk cakap yang tak ada orang nk amek cik ct kerja so that, cik ct sambung phd. Bila da sambung phd, cik ct guna duit biasiswa untuk beli kereta. :(

Owh. Tak perlu cik ct beritahu semua orang ape yang cik ct buat kot. Fyi...cik ct dah dapat kerja sebaik sahaja cik ct hanta thesis sebelum viva dulu. Sekitar bulan 5 2010. Kerja di MARDI. Tapi cik ct tolak tawaran kerja itu sebab Prof tak bagi cik ct pergi sana. Dia pujuk cik ct buat phd dengan dia. Lepas berbincang dengan keluarga+buat solat istikharah, cik ct tekad sambung phd, dan tolak kerja kat MARDI tu. Ingat senang ke nk dapat kerja kat MARDI? Main sedap mulut ko je kan cakap macam seolah2 cik ct cari kerja tak dapat?!

Hal beli kereta. Masa cik ct beli kereta ni, cik ct belum ada apa2 financial support lagi tahu tak?! BELUM ADA! fyi again, cik ct memang bertekad dari dulu lagi nk beli kereta. Oleh itu, sejak dari buat master lagi, cik ct dah kumpul duit sendiri untuk beli kereta.

Niat cik ct beli kereta bukan untuk menunjuk2 atau untuk memudahkan cik ct keluar berpoya2, tapi cik ct beli kereta sebab adik2 cik ct dah besar2. Yang paling bongsu pun dah form 2. Kereta abah dah tak muat. Lagi 3 tahun abah dah pencen. Adik2 termasuk cik ct sendiri pun masih belajar lagi. Mana mampu abah nk beli kereta baru dan menanggung hutang lagi. Sudah jadi tanggungjawab cik ct selaku anak sulung untuk meringankan beban abah+emak. Sekali lagi, tak perlu nk jelaskan pada semua orang kot ape je yang kita buat. Tapi memang dah lumrah alam agaknya, pasti akan ada yang iri hati dan bermulut longkang dengan sedikit kelebihan yang ada pada diri ini.

Mungkin ada iktibar dari post cik ct kali ini. Bagi kalian semua rakan2 blogger cik ct, semoga kalian semua terhindar dari hasad dengki manusia yang iri hati. Pesan cik ct, jangan la kalian mengguris perasaan orang lain melalui post2 yang berunsur iri hati dan dengki. Kita sepatutnya saling mendoakan kejayaan kita bersama. Bukan iri hati dengan kejayaan orang lain. Mungkin pada mulanya cik ct sukar untuk memafkan orang2 itu, tetapi pujukan emak mencairkan hati cik ct untuk memaafkan sahaja mereka2 yang terlibat itu. Semoga mereka semua berubah. Wallahualam.


Saya masih seorang pelajar

Assalammualaikum..dan selamat sejahtera :)

Cik ct kene bebel tadi dengan seorang teman. Dia suruh cik ct update blog ni. Hihihi..Lamanye tak update blog. Busy sepanjang hari. Sory ye..

Tidak keterlaluan untuk cik ct katakan bahawa tahun 2011 ni mungkin merupakan tahun yang bermula dengan perkara2 yang baik dalam kehidupan cik ct. Alhamdulillah, setelah berhempas pulas selama 2 tahun setengah, akhirnya cik ct berjaya menamatkan pengajian di peringkat master cik ct. Syukur Alhamdulillah (klik sini).

Pada 27/1/2011, cik ct dah dapat surat senat menandakan bahawa status pengajian master cik ct dah habis dan sudah lulus. Dapat je surat senat dari kaunter 5 GSO, cik ct terus pergi ke kaunter 1 GSO untuk mendaftar sebagai pelajar phd pula. Syukur kepada Allah kerana memberikan cik ct peluang untuk sampai ke tahap ini. :)

Cik ct dapat nombor matrik yang cantik GS29911. Heheh..suke3.. :). Sebagai pelajar baru, walaupun bukan baru di UPM (almost 6 years been here), cik ct ada welcoming ceremony yang dianjurkan oleh GSO dan fakulti. Ikut je la apa orang dah aturkan untuk kita. :). Dia suruh kite menyumpah je. eh..eh..bukan..angkat sumpah je..hihi..


Buku panduan untuk pelajar2 fakulti sains (bosan je buku ni..:P)

Habis je semua2 aktiviti ni, maka bermula lah hari2 sibuk cik ct meneruskan langkah kehidupan sebagai seorang pelajar. ye, saya masih lagi seorang pelajar. Semoga rakan2 diluar sana boleh turut serta mendoakan semoga pengajian cik ct lancar sehingga di penghujung pengajian cik ct ye. Amin.. :)

Thursday, February 3, 2011

Alhamdulillah


Syukur sangat cik ct panjatkan kepada Allah taala sebab memberikan cik ct semangat yang kuat untuk menyudahkan master cik ct. Walaupun terlalu banyak dugaan dan halangan yang ditempuhi, akhirnye, semuanya berakhir dengan baik. Sekali lagi syukur, alhamdulillah... :)

Tuesday, January 25, 2011

Disappointed


kecewa yang hamat!

Mana taknye, cik ct pepagi lagi dah bangun, siap2 g gso sebab semalam petang dalam kul 6 lebih camtu dapat call pasal approval sheet (click link ni) dah sign.
Happy, bahgia, senang ati je tdo malam td sebab dah plan, pepagi nk terus amek approval sheet, pastu terus g print n hard bound thesis.
Tapi.....
Bile cik ct sampai je kat gso pagi td, boleh plak cik zuriyati tu cakap, approval cik ct tercicir, n prof blom sign lagi. Dalam banyak2 borang, cik ct punye je yang tercicir!
Erghhh!!!!!
Careless nye dia!!
Tahu x, kecuaian awak telah membuatkan semua perancangan saya hari ni hancur berkecai???
Saya perlu dafta phd saya esok!
Sebab saya kene hanta assignment saya by this friday!
Xboleh hantar lagi sebab belum ada no matrik sebab belom dafta phd lagi.
Uwaaaaa....
cik ct dah plan kalau setel semua hal ni nk balik kg esok petang sebab kene sign agreement n nk bayar downpayment kerete.
cik ct xde banyak masa. Hari khamis pun dah kene balik sini semula sebab hari jumaat ada kelas.
:((
Banyak nye halangan.
SABAR je la...

Monday, January 24, 2011

Proses yang panjang

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Selamat hari isnin..(Ow..sungguh Monday blues)

Monday blues sebab rase nk meroyan yang amat pepagi ni coz semua urusan dan perancangan yang sudah dibuat tergendala kerana APPROVAL SHEET saje. Apakah itu APPROVAL SHEET, later cik ct explain k. Sekarang ni nk meroyan dulu..Arrggggggghhhhhhh!!!!

Cik ct study MSc (Synthesis organic chemistry) kat UPM. Alhamdulillah, dah habis. :) (Lega hati sikit)
Untuk sahabt2 dan kawan2 kat luar sana yang bercita2 mahu menyambung pelajaran, cik ct doakan semuanya berjalan lancar, kalian tabah menghadapi dugaan dan cabaran serta, mula la build up kesabaran yang tinggi dari sekarang k.

Siapa cakap buat master ni senang? Orang giler je cakap buat master ni senang. Hahhaha... Kalau senang, x master la namanye.. :P. Tp orang buat master memang boleh jadi giler sebab buat master xsenang. OK. enough about senang, xsenang & giler.

Sepanjang cik buat master, bermula pada semester 1 2008/2009 sampai sekarang, terlalu banyak proses yang perlu di hadapai. Cik punye labwork kene repeat 3 kali coz data selalu je xsignificant. Sampai menangis2 depan supervisor sebab memang dah rase fed up time tu. Mana tak nye, cik ct punye projek buat modelling and optimization study gune 1 software namanya RSM atau nama panjangnye Response Surface Methodology. Jumlah experiment yang perlu run bergantung pada jumlah parameter yang cik nk study dalam projek ni. Mule2 cik gune 4 parameter, so, cik ada 30 experiment kene run, dan setiap 1 experiment kene buat triplicate. So, can u imagine ada berapa banyak sampel cik kene prepare?
30 x 3 = 90!

Tp bile dah siap run semua 90 sample ni which is mengambil masa 3 bulan lebih, data yang cik ct dapat, not significant! grr..Sabar je time ni..ok lagi.. :) Try untuk senyum dan pujuk hati xpe..baru pertama kali buat, memang camni.

Cik ulang buat sekali lagi dengan jumlah experiment yang sama
30 x 3 = 90!

Sekali lagi NOT SIGNIFICANT! ok kali ni wajib meroyan ye sebab dah 180 kali run experiment.. dan dah ada 180 sampel dah ni. Melambak2..:(((

Jumpe prof, menangis depan prof. Hukhukhuk...malu kalau ingat balik..hehe

Prof pujuk cik ct. Prof cakap, xpe. biasa la research. kalau xsusah bukan research namanya. Awak buat slow2, tak payah rushing, janji sampai masa kerja siap. Lega.. :)

Cik ct duduk diam2 tengok balik semua data dan compare dengan references. Tbe2 dapat idea untuk ubah parameter. Cik buang salah 1 parameter yang cik tengok xberapa penting dalam research ni. So, ada 3 parameter. 20 experiment.
20 x 3 = 60 experiment je.. :P

Jeng..jeng..jeng...At the end of this experiment, DATA SIGNIFICANT!!!..
YESS! melonjak kegembiraan la cik ct. Telefon mak, mak pun tumpang gembira kat cik ct, then mak suruh sujud syukur. ALHAMDULILLAH.. :)

Ni baru 1st part of master cik ct k. Banyak lagi kene hadapi. :(
Sekali lagi, sapa cakap buat master ni senang?? :P

Bile data dah significant, kene cek sample pulak. Sama ada apa yang cik ct synthesis ni adalah seperti yang di harapkan. Mule la mengahantar sampel ke mana2 untuk dianalisis. Makan masa yang sangat panjang jgak sebab kene MENUNGGU! owh..benci kene tunggu. tp xde pilihan. kene tunggu jugak..

Tunggu punya tunggu, habis dah sem 3 pengajian cik. Owh no! dah masuk sem 4! Mule la menggelabah. Mana taknye, bile dah masuk sem 4, maksudnye, ini merupakan sem terakhir pengajian cik akan dibiayai oleh GRF. So, by hook o by crook, must finished everything this semester.

Sementara menunggu, cik ct mula writing thesis & buat paper for publication. Cik ct writing thesis almost 4-5 month including correction.

Tarikh keramat 22/6/10, cik ct hanta thesis ke GSO. Lega.. kene tunggu at least 3 month for viva.

~after 4 month~

18/10/10 cik ct viva. Alhamdulillah, everything was ok. Cik ct just got minor correction. The viva was held in Bilik Viva 2, GSO. Just take about 1.10 hours only. All examiners were very kind to me. Luv them! :)

Perjalanan masih belum habis disini k. Lepas viva, cik ct kene buat correction seperti yang dah dibincangkan semasa viva pada 18/10/10 aritu. Lebih kurang 2 minggu jugak cik ct buat correction termasuk check some grammatical errors.

Lepas berpuluh2 kali check thesis sampai bile click je folder "Master's Thesis" rase mual dan loye2, cik hanta 1 of soft bound copy of thesis ke GSO pada 3/11/10 untuk meeting senat. Cik ct tanye dengan akak kat kaunter gso tu bile agak2nye cik punye thesis akan masuk dalam meeting senat. Akak tu cakap bulan 12. Lega dan hati berbunga2 riang coz, cik ct dah planned nk register phd on December. Tunggu lagi..

Tunggu punye tunggu, dah minggu ke-3 bulan 12 tp senyap je thesis cik ct. tak de dapat email or call dari GSO pun. Mule susah hati, cik ct pun ke GSO untuk mendapatkan kepastian. Sekali diorng cakap, cik ct punye thesis tak masuk dalam meeting senat lagi. Bulan 1 nnt baru cik ct punye thesis masuk meeting senat. KECEWA.. :(

Tp xpela..sabar jela.. Memang dah dugaan nye macam ni. Awal bulan 1, 7/1/11, cik sekali lagi ke gso untuk bertanya status thesis cik ct. Sekali lagi dapat berita mengecewakan sebab meeting senat pada 13/1/11. TUNGGU lagi. Dah penat menunggu ni. Hampir menipis tahap kesabaran i ni tau.

Sabar je la. Lepas 13/1/11, cik tuggu email dari GSO mengesahkan master cik ct dah lulus. Tunggu punya tunggu, xdapat2 jugak email yang diharapkan. Susah hati okay bile xde kepastian ni. Sekali lagi, pada hari isnin (17/1/11) cik ct stat moto, pergi gso tanya. Akak kat kaunter 6 GSO cakap, diorng masih tunggu keputusan senat, awak tunggu email dari kami ye. Terpaksa sekali lagi sabar.

Akhirnye, 18/1/11 cik dah dapat email yang cik tunggu dari gso. :)))
ALHAMDULILLAH! CIK CT DAH LULUS MASTER CIK CT!

Tp, belum habis disini k. Ada lagi yang cik kene tunggu.

Dalam email tu, cik ct kene hanta approval sheet. Approval sheet ni yang contain tarikh viva dan nama2 examiners. Kena hanta 1 copy je untuk ambil sign deputy dean of gso. Then, baru boleh buat hard bound untuk 6 copy thesis. Baru boleh dapat surat senat. Baru boleh register phd.

Hari ni genap seminggu dah hanta approval sheet tu. Tp masih belum dapat lagi sebab staf yang incharge bende ni sedang bercuti. :(((((.Cik ct dah xde masa lagi ni. Penangguhan pendaftaran phd cik ct sampai minggu depan je. Tak kan la mintak sign pun nk kene tunggu sampai seminggu kot. :((. Cik ct dah kesuntukan masa. Harap sangat boleh setel semua nya dalam minggu ni. sebab minggu depan dah cuti. so, cik ada sampai hari rabu minggu depan je untuk register phd.

~meroyan~


Saturday, January 22, 2011

1


Azam tahun 2011 kononnya nk jadi no 1. Berusaha gigih untuk jadi no 1. No 1 dalam semua hal yang dilakukan.

Tuesday, November 16, 2010

Telatah si comel

Post cik ct kali ni pasti mengundang rase geram kepada para pencinta kucing. Hehehehe...
Malam ni cik ct kurang sihat sikit. Malas nk layan rase tak sihat, cik ct pun melayan si comel yang memang sangat comel ni. Masa cik ct sidai baju kat ampaian luar rumah, cik ct terlihat B sedang berlari2 bawah kereta kat depan rumah. Geram dengan kecomelan dia, cik ct pun kejar dia, then humban dia dalam baldi ni.

Comeynye dia dok dalam ni

Hehehe..ingat kan dia nk meronta2 keluar dari baldi ni. Rupe2 nye dia syok dalam tu. Tdo dalam tu. Sungguh comel. Lupe jap tengah demam n tak larat badan ni.
:)
:)
:)

Cayang B.. :*