Allah.
Selama hari ni, tak pernah terfikir pun dalam kepala cik ct ni yang cik ct akan merasai sakit akibat di sihir atau lebih specific, kene santau.
Sakit. Sangat menyakitkan. Sedih. Terlalu menyedihkan.
Dalam fikiran masa tu cuma fikir ajal dah sampai. Dah redha kalau umur tak panjang.
Sakitnya di sihir itu hanya orang yang merasainya sahaja yang tahu macam mana rasa dia. Keadaan cik ct masa kene sihir tu agak teruk walaupun tak seteruk orang lain.
Cik ct sedar diri kene santau bila mana badan cik ct ni selalu sangat sakit2, lemah2, tak larat selalu, demam tak kebah2, batuk tak baik2, asik nak tdo je tak pernah puas2 dan rasa merenyam gatal2 kat badan tapi tak nampak ape yang menggatalkan kat badan tu.
Nak kata pergi jumpa doctor, da kerap sangat pergi. Tapi tak baik2 gak. Ubat? Dah tak lalu nak tengok. Nak telan ape ntah lagi. Masa tu la cik ct terfikir; "aku ni sakit ape? lain macam je".
Lepastu, cik ct pergi jumpa ustad. Kebetulan masa tu ada org lain yang berubat gak. Waktu tengok dia berubat, badan cik ct ni rasa lain macam. Macam kene belasah. Sakit2. Bulu roma abis merinding semuanya. Rasa nak muntah semua ada. Bila mana orang tu da selesai berubat, cik ct mintak ustad tu ubatkan cik ct pulak.
Bila ustad pegang je badan belakang cik ct ni, rasa macam tangan ustad tu ada pisau. Tajam. Menyakitkan. Ustad tepuk 3 kali, cik ct terus muntah. 1 mangkuk penuh. Bila cik ct amati ape isi dalam mangkuk tu, cik ct terpandang 2 ekor lintah yang dah mati. Allah! Tuhan je yang tahu ape perasaan cik ct masa tu. Menangis tak berenti di buatnya.
Banyak rawatan susulan lepas tu. Malas lah nak ingat balik. Alhamdulillah, sekarang ni da pulih sepenuhnya. Terasa diri sendiri dah balik. Seronok tau tak. Syukur ya Allah.
Cik ct tahu siapa yang sihirkan cik ct. Tak pe, cik ct maafkan dia, doakan semoga dia dapat hidayah. Bertaubat pada Allah taala.
"Ya Allah! Engkau ampunkan lah dosa org yang telah menyihirku. Amin.."
Sekian,
22/5/2013

No comments:
Post a Comment