My photo
Serdang, Selangor, Malaysia

Thursday, November 11, 2010

Sungai Klah Hot Spring, Sungkai Perak

Semalam (10/11/10) cik ct bersama2 dengan pda (rumet cik ct) teman pjot pergi interview kat sungkai, perak. Pjot gi interview cikgu mara kat MRSM kat sungkai tu.

Cik ct & Pda

Kami bertolak dari serdang pada jam 6.30 petang (9/11/10). Tdo 1 malam di pekan Slim River. Hotel murah je memandangkan perlu selaras dengan bajet yang tak berapa nak ada tu.

Pagi tu plan memang malas nk ikut pjot g interview kat MRSM. Plan memang nk lepak kat hotel sambil tdo, online dan bermalas-malasan sahaja. Tp, tbe2 pjot mesej cakap dia punya sesi interview pukul 2 petang. Kene check out hotel pukul 12 tgh hari. Jadi, perancangan berubah lagi. Kami pergi makan, pulang semula ke hotel, kemas2 barang, pukul 12 hanta pjot ke MRSM, then cik ct dan pda terus ke Sungai Klah Hot Spring. Melancong kononnye. Hehehe

Maka pda pun terus on GPS untuk ke hotpsring. Tak jauh pun dari MRSM tu. Dalam 16 km je. Tp, jalan dia sunyi wo. Cuak cik ct dan pda lalu jalan tu sebab xde 1 kenderaan pun yang keluar masuk. Tp, selagi masih nmpk signboard, kami redah je. Lepas 7 km bergerak, baru la nmpk perkampungan kecik dan masjid yang besar. Lega

:)

Jalan yang sunyi sepi


Teruskan juga perjalanan

Masih meneruskan perjalanan. Dah xjauh lagi. Sampai kat pintu masuk Hot spring, kagum jap! Sebab tempat tu sangat besar dan cantik. Siap ada tren yang akan bawak pelancong ronda2 sekitar hot spring tu.

Akhirnye, pintu masuk

Nak masuk kene bayar RM10. Murah kot untuk tempat yang macam ni.

Dapatkan tiket dulu

Tiket

Mulakan perjalanan dengan gumbira


Seronok sebab xramai orang. Rase selesa je. Cantik. Bersih. Menarik. Damai. Tenang. Cik ct sangat suke tempat ni. Ada banyak kolam2 kecik nk rendam kaki. Kolam2 ni pulak ada tahap kepanasan berbeza setiap satunya. Yang paling panas antara 40-43 darjah celcius. Paling xpanas antara 30-35 darjah celcius. Selesa. Suam2 kuku je air dia.

:)
Reflexology + air panas = Best!

Panas gilor air ni.

Busut ape ntah ni

Jalan2. Amek2 gamba. Rendam2 kaki. Seronok. Jalan dan terus berjalan. Wah! terpandang air terjun buatan yang sangat cantik! Teruja mahu bermain air disitu juga. Tp apakan daya, tiada membawa pakaian persalinan.

:(


Kempunan mahu bermain air dan berlama2 di sana. Bertekad mahu kesana lagi suatu hari nanti.


1 comment:

  1. kenapa saya org perak tapi xpenah tau ada tempat ni????hoho

    ReplyDelete