Sedar tak sedar, umur aku dah 24 tahun dah. Patut la asik dapat soalan cepu emas je.
"Bile nak kawen?"
"Kawan baik dah ada anak, ko bile lagi t?"
"ko dah ada bf ke belom?"
"ko ni memilih sangat. Ramai yang nk dengan ko, ke je yang xnak dengan diorng."
MEMILIH????
Hurm, bile masa pulak aku ni memilih. Tp bile difikir2 balik, ada la jugak aku memilih, orangnye. Aku rase aku berhak untuk memilih yang terbaik untuk diri aku sendiri.
Emak abah aku didik aku dengan sangat sempurna. Beri aku pelajaran yang terlebih cukup, ajar aku adab2 sopan, ajar aku ilmu agama yang cukup, ajar aku mengaji, ajar aku xtinggal solat, ajar aku supaya jadi orang yang hormat pada orang lain, ajar aku sayang keluarga.
Emak & abah sangat berjasa pada aku. Walaupun mak & abah xpernah menetapkan kriteria yang harus ada pada bakal menantu mereka, tp, naluri anak mengatakan bahawa, aku harus mencari calon suami yang boleh melengkapkan diri aku, yang seiring sejalan dengan aku dan setaraf dengan aku sebagaimana yang telah emak dan abah terapkan dalam diri aku sejak kecil lagi.
Memandangkan aku tidak pernah bersekolah di asrama penuh, aku membesar sepenuhnya dihadapan mak dan abah. Kami adik beradik dididik dengan mengaji, dan solat secara berjamaah. Adik2 yang lelaki pula abah didik dengan solat di surau pada waktu maghrib dan isyak. Pengaruh abah pada aku sangat kuat. Aku mahukan calon suami yang seperti abah. Mampu didik kami adik beradik dengan sangat sempurna sekali. Kami tidak pernah bermewah dengan wang ringgit dan pakaian yang berjenama. Cukup setakat semuanya cukup. Itu sudah memadai.
Tp apabila melihat lelaki zaman sekarang ni, aku jadi takut sebenarnya. Solat dibuat main. Jatuh pada priority yang entah ke berapa dalam kehidupan seharian mereka. Seolah2 tidak terbit rase bersalah memperlekehkan waktu solat. Belom lagi yang suka bersuka ria, berjoli, sentiasa perlukan hiburan dan gemarkan pakaian berjenama. Tidak salah kalau mereka mahu berpakaian berjenama. TP aku punya pendapat yang sedikit berbeza.
Hurm.. Kalau sentiasa mahu nmpk bergaya dengan pakaian yang berjenama, tapi pada hakikatnye, duit hanya cukup2 makan, tiada makna semua itu. Macam mana mereka ni hendak membina keluarga, jika hanya memikirkan tentang diri sendiri sahaja? Tak mengapalah, semua orang punya pendapat masing2.
Aku percaya dan sangat yakin pada JODOH. Tak kisah kalau orang nk cakap aku seorang yang memilih, tp aku percaya pada JODOH. Semuanya aku serahkan pada Allah taala. Dan aku hanya mampu berusaha dengan berdoa tanpa jemu supaya dipertemukan dengan jodoh yang soleh dan boleh membimbing aku menjadi wanita solehah.
Amin Ya Rabbal Alamin...

ct bila nak kawen???? hahahaha sj bg tambah soklan skt hati...
ReplyDeletebile2 pun boleh shida...hikhikhik
ReplyDelete