My photo
Serdang, Selangor, Malaysia

Thursday, November 11, 2010

Wedding Che Mun

Salam mun alaik.
Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera hendaknye. Sentiasa dilindungi dan mendapat rahmat dari yang maha Esa.

Post cik ct kali ni berkisar tentang wedding Che mun @ nama sebenarnye Munirah Zulkiffali. Che Mun merupakan coursemate BSc (Hons)-Chemistry yang pertama sekali mendirikan rumah tangga.

Tahniah Che Mun & Suami Tercinta..

Bergambar dengan pasangan pengantin

Pada mulanya cik ct mengalami masalah untuk hadir ke majlis che mun. Almaklumla, tiada kereta. Tapi, lepas berdiskusi dengan member lain, cik ct akhirnya dapat juga hadir ke majlis ini. Rasa tak best pulak kalau xpergi majlis kawan yang dekat dengan kita kan? Nanti kalau kite buat majlis, orang tak nak datang pulak. Hikhikhik

Pada hari kejadian, kami pergi menaiki 2 buah kereta. 1 kereta babas, a.k.a junaedy dan 1 kereta lagi kereta koko a.k.a lutfi. Cik ct, imai dan pjot naik kerete babas, manakala, wan, dengan cip naik kete koko.


Kami je yang hadir

Kami sampai di rumah pengantin tepat jam 1.30 tengah hari. Terganggu sedikit emosi gara2 lecak diruangan kemah pengantin. Tenggelam berselut tumit kasuk cik ct. Berlumpur kaki. Hukhukhuk..xsuke!

Selesai makan2, borak2 dengan pengantin, makan kek pengantin & bergambar dengan pengantin, kami pun beransur pulang dari rumah pengantin. Sebelum balik, singgah solat dulu di surau berdekatan dengan rumah pengantin.

Usai solat, koko bawak kami di tasik sebelah gelaeri shah alam (xingat nama tasik tu). Kat sana tak buat pape pun. Just jalan2 amek gamba pakai camera besar + canggih cip. Tak lama pun kat situ, pjot ajak g minum2. So, koko suggest kami minum2 kat Pak Li Kopitiam. Cik ct makan cendol sebab cik ct tak minum kopi. Tp, cendol dia xbest pun. Air gula merah dia kelat. Santan dia pulak macam sangat pekat. So, cik ct lebih suke cendol kat UNITEN!

Lepas Pak Li Kopitiam dalam 1/2 jam, kami pun memulakan perjalanan pulang ke serdang semula. berikut ada beberapa keping gamba sepanjang seharian berjalan. BTW, seronok sebab dapat kumpul semula dengan geng2 coursemate yang rapat time degree dulu. Sedih sikit sebab Naz dengan Haziq xdapat datang. Naz xdatang sebab cousin dia buat gathering family. Haziq pulak xdapat datang sebab Kedah tengah banjir time tu. Xboleh nak keluar. Hurm.. xpe la, mungkin lain kali kite boleh kumpul ramai2 lagi.:)

Besar tol mulut babas



gaya bebas

Friday, November 5, 2010

Bukan memilih

Sedar tak sedar, umur aku dah 24 tahun dah. Patut la asik dapat soalan cepu emas je.
"Bile nak kawen?"
"Kawan baik dah ada anak, ko bile lagi t?"
"ko dah ada bf ke belom?"
"ko ni memilih sangat. Ramai yang nk dengan ko, ke je yang xnak dengan diorng."

MEMILIH????

Hurm, bile masa pulak aku ni memilih. Tp bile difikir2 balik, ada la jugak aku memilih, orangnye. Aku rase aku berhak untuk memilih yang terbaik untuk diri aku sendiri.

Emak abah aku didik aku dengan sangat sempurna. Beri aku pelajaran yang terlebih cukup, ajar aku adab2 sopan, ajar aku ilmu agama yang cukup, ajar aku mengaji, ajar aku xtinggal solat, ajar aku supaya jadi orang yang hormat pada orang lain, ajar aku sayang keluarga.

Emak & abah sangat berjasa pada aku. Walaupun mak & abah xpernah menetapkan kriteria yang harus ada pada bakal menantu mereka, tp, naluri anak mengatakan bahawa, aku harus mencari calon suami yang boleh melengkapkan diri aku, yang seiring sejalan dengan aku dan setaraf dengan aku sebagaimana yang telah emak dan abah terapkan dalam diri aku sejak kecil lagi.

Memandangkan aku tidak pernah bersekolah di asrama penuh, aku membesar sepenuhnya dihadapan mak dan abah. Kami adik beradik dididik dengan mengaji, dan solat secara berjamaah. Adik2 yang lelaki pula abah didik dengan solat di surau pada waktu maghrib dan isyak. Pengaruh abah pada aku sangat kuat. Aku mahukan calon suami yang seperti abah. Mampu didik kami adik beradik dengan sangat sempurna sekali. Kami tidak pernah bermewah dengan wang ringgit dan pakaian yang berjenama. Cukup setakat semuanya cukup. Itu sudah memadai.

Tp apabila melihat lelaki zaman sekarang ni, aku jadi takut sebenarnya. Solat dibuat main. Jatuh pada priority yang entah ke berapa dalam kehidupan seharian mereka. Seolah2 tidak terbit rase bersalah memperlekehkan waktu solat. Belom lagi yang suka bersuka ria, berjoli, sentiasa perlukan hiburan dan gemarkan pakaian berjenama. Tidak salah kalau mereka mahu berpakaian berjenama. TP aku punya pendapat yang sedikit berbeza.

Hurm.. Kalau sentiasa mahu nmpk bergaya dengan pakaian yang berjenama, tapi pada hakikatnye, duit hanya cukup2 makan, tiada makna semua itu. Macam mana mereka ni hendak membina keluarga, jika hanya memikirkan tentang diri sendiri sahaja? Tak mengapalah, semua orang punya pendapat masing2.

Aku percaya dan sangat yakin pada JODOH. Tak kisah kalau orang nk cakap aku seorang yang memilih, tp aku percaya pada JODOH. Semuanya aku serahkan pada Allah taala. Dan aku hanya mampu berusaha dengan berdoa tanpa jemu supaya dipertemukan dengan jodoh yang soleh dan boleh membimbing aku menjadi wanita solehah.

Amin Ya Rabbal Alamin...

Thursday, November 4, 2010

Virus Bijak Ciptaan Allah



SUBHANAALLAH

1 je kata2 yang terungkap bila dapat tahu pasal kebijaksanaan virus halus dipandangn mata kasar ciptaan Allah ini. Manusia akan disahkan menghidap AIDS apabila dijangkiti oleh virus ini, iaitu virus HIV.

Aku beruntung kerana mampu melanjutkan pelajaran sekali gus membawa aku untuk mempelajari kitar hidup virus bijak ini. ALHAMDULILLAH.

Berbalik semula kepada kebijaksanaan virus HIV.
OK. Aku cakap virus ni bijak sebab ada 5 peringkat dalam kitar hidup virus ini bila dia dah duduk dalam sel badan manusia. Kalau korang semua nk tahu,


1) virus ni cuma serang sel imunisasi badan manusia je sebab sel ni ada sejenis protein khas yang dinamakan CD4. Bila virus dah kenal pasti sel yang ada CD4, dia akan melekatkan selnye ke sel imun td, lepastu menyebabkan membran sel imunisasi melt (cair). Bile membran sel dah cair, virus akan melepaskan RNA (genetic material HIV) dalam sel badan manusia td.

2) dalam sel, RNA akan replicate menjadi DNA which is compatible dengan DNA manusia! Dalam erti kata lain, dia tiru DNA manusia supaya dia boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. sekali lagi SUBHANALLAH!

3) selesai proses tiru meniru, tbe masa dia pergi ke peringkat seterusnye. DNA HIV yang baru terbentuk td, akan masuk ke dalam nukleus sel manusia dan masa ni DNA HIV ni dikenali sebagai PROVIRUS. provirus boleh duduk dalam nucleus sel manusia ni bertahun2 lamanya. Sebab tu la orang yang dah dijangkiti dengan virus ni kadang2 dia lambat sedar yang dia tu sebenarnye seorang HIV +ve!.

4) Bile dah bertahun2, provirus td pun boring jugak dok kat nucleus tu lama2. dia nk jugak membiak dan menghasilkan baka2 dia. hurm..memang fitrah kejadian Allah kan. Semuanya mahu mempunyai keturunan. Bila provirus ni dah dapat signal dia boleh active semula, dia akan keluar dari nucleus manusia. Lepastu dia bergabung dengan sejenis enzyme untuk membentuk protein HIV yang berantai panjang. Bile dah lengkap proses ni, ada 1 lagi enzyme yang akan potong protein ni membentuk particle2 protein yang kecik2 dan banyak!

5) protein kecik yang banyak td akan berhimpun beramai2 membentuk virus HIV yang baru, dan bersedia untuk menyerang sel2 badan manusia yang lain dalam kuantiti yang lebih "RAMAI".

**SIGH**

Dengan mepelajari kitar hidup virus HIV, memang kita boleh tahu yang virus ni liat nk mati sebab perjalanan hidup dia melibatkan DNA dia sendiri. Sampai hari ni, belom ada 1 saintis pun yang dah berjaya cipta drugs yang boleh bunuh Virus HIV. kebanyakan ubat yang digunakan sekrang hanya merencatkan salah 1 peringkat dalam kitar hidup virus HIV. Yang mana, hanya boleh memanjangkan usia penghidap AIDS.
(walaubagaimana pun, ajal itu di tangan Allah).

Hurm.. cube kite ambil iktibar kenapa Allah taala ciptakan virus yang sangat bijak ni. Semuanya kerana sikap manusia sendiri yang ingkar perintah dan larangan Allah taala, justeru Allah taala turun bala dengan menciptakan virus yang tidak boleh dibunuh langsung. Virus HIV selalu di katakan berpunca dari sex bebas, perkongsian jarum oleh penghidap AIDS, anak yang lahir mendapat virus dari ibunye. tapi pernah x kita terfikir, dari mana sebenar2 nya virus ni datang? SUBHANALLAH. Hanya Allah sahaja yang tahu setiap kejadian dan mengehdaki ianya berlaku supaya boleh dijadikan iktibar, pelajaran dan menjadi bukti kekuasaaan-NYA.

HUrm...

1st time ke Hospital veterinar


Hospital Vaterinar UPM: Kalah Klinik kesihatan manusia

Dari kecil, aku memang dah bela kucing. Tp ni memang 1st time pergi ke hospital haiwan kerana si DIA di bawah ni..

Melepek je dia sebab demam. Sedih tengok dia camni.

Alkisah nk dijadikan cerita, aku sangat xsampai hati tengok dia macam ni, aku ajak ayu hanta budak ni g klinik a.k.a. hospital vaterinar UPM. 1st time masuk tempat ni sepanjang 5 tahun aku dok upm. huhu..semua kerana BUDAK BERBULU ni.. SAYANG punye pasal, segalanya kutrutkan.. :). Antara post B kat Hospital:-


bile sakit, bukan main garang lagi muke budak berbulu ni


berusaha keras mengawal dia dari berlari2 di dalam hospital dengan gembiranya


tengok je la telinga dia tu pun dah boleh tau yang dia memang tengah protes

Wednesday, November 3, 2010

Kucing kesayangan penglipur lara

Hati masih ingin menulis sesuatu...

Dalam family aku, semua suke kucing. Dari abah, emak, atok, nenek dan adik2 semuanya sangat sayang kan kucing, so, no wonder la aku memang sangat suke kucing. Dulu berkire2 jugak nk bela kucing kat rumah sewa ni. Almaklumla, ada jugak housemate yang xsuke kucing. Kene consider jugak keselesaan orang lain dalam rumah ni.

Bincang punye bincang, at last, ayu (housemate) bawak balik kucing dari kelantan. B nama dia. Dia 1,1 nye lelaki yang duk dengan kami anak2 gadis ni. Heheeh..

Mai selalu bising2 cakap kat B
"Weh kucing, dah la xbaya sewa, makan pun free"
..hahah...mai biol

Pjot..dia ni yang paling anti sekali dengan kucing. Pantang nmpk kucing, menyinge je dia. Tapi buat bodo je dengan dia pnye ke"anti"an kucing ni. Hohoho..Tp ntah tersampuk ape, lepas dia balik buat attachment kat jepun, dia jadi suke plak dengan kucing. Siap bleh bercakap, gelak, main sembunyi2 lagi dengan si B ni. Hurm..memang manusia boleh berubah kan?

Ni kat bawah ni ada beberapa post B comeyh.. Love him.. :)

Gaya tdo paling digemari


Mengeliat, tp malas nk celik mata

Pura2 tdo

Saya tahu saya handsome

Letih posing la

Dialah penghibur hatiku sepanjang setahun ni. Setia menemani dikala aku kesedihan, keletihan, tertekan, gembira, bahagia. Sayang kucing ni..


Selepas Setahun

Salam pada semua..

Hurmm..lamanye tak bukak blog ni. Laman sesawang yang sememangnya sudah bersawang. Rase kekok pulak nk tulis sesuatu kat blog ni. Dah lama sangat tinggal. Heee...

Dalam setahun ni aku rase banyak jugak yang dah berubah dalam kehidupan seharian aku. Dan yang paling aku bangga adalah:
1) Aku dah xkeluar malam lagi, kecuali ada hal tertentu
2) Aku dah tinggalkan dunia skandel (lupe ejaan yang betul)
3) Aku dah jarang bersosial
4) Dah ada bele kucing kat rumah sewa ni yang mana dia menjadi peneman hari2 aku
5) Aku dah abiskan master aku (Ni yang paling best sekali) heheh..

Hurm...:)

Wednesday, October 28, 2009

Raya 2009

Ni dah terlambat sebenarnye nk post pasal hari raya ni..ye la...mana taknye..da sebulan da berlalu..sekarang ni pun jemaah haji dah mule berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadat haji yang hanya boleh dilakukan setahun sekali bagi yang mempunyai kemampuan dari segi fizikal, mental dan kewangan..

Tiada yang terlalu istimewa berbanding raya tahun2 sudah. Semuanya dilakukn dengan serba sederhana. Memang emak dan abah mendidik aku dan adik beradik supaya sentiasa besederhana dalam segenap hal. Terima kasih mak dan abah yang sentiasa menyokong dan memberi tunjuk ajar pada kami supaya menjadi anak2 yang soleh dan cemerlang.

Rya tahun ni aku mendapat kunjungan yang agak istimewa dari sahabat ku..cik shida...xsangka dia sanggup turun ke selatan ni semata2 kerana dia bosan kene tinggal sorang2 kat umah dek kerana semua orang dirumahnya telah mulai bekerja..haha..kasihan sungguh..apa2 hal pun, ct harap dah bagi layanan yang baik kat cik shida ye..n, jangan serik untuk datang ke batu pahat lagi..

Raya tahun ni jugak aku agak sakan pergi beraya. Banyk gak rumah2 kawan yang aku dah lama xpergi, aku pegi tahun ni..Baraan kat kg pun aku pergi jugak..(menakjubkan ye ble aku gi baraan ni).hahaa...

Raya tahun ni jugak buat pertama kalinya, aku dapat beraya dengan Paktok kerana tahun2 sudah, Paktok beraya kat JB sebab kene bertugas sebagai bilal di Masjid Johor Jaya. Selalunya, lepas habis puasa 6 baru la paktok balik kg beraya dengan kitorang semua. Happy dan terkejut dapat beraya dengan Paktok 1st raya tahun ni.

Raya tahun ni jugak pertama kali aku beraya tanpa arwah Atuk Aim..beliau telah pulang ke Rahmatullah 2 bulan sebelum puasa akibat penyakit barah perut. Sedihnye..terasa lain raya ini tanpa beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Raya tahun ni jugak buat pertama kalinya aku pergi beraya ke tumah Cikgu Rozanita (guru kelas kesayangan 5 Cekap 2003) bersama2 dengan rakan2 kelas yang lain..haha..kelakarnye. Sebab selama ni abah xbagi pergi. tapi tahun ni dia ok pulak bile aku cakap nak pergi beraya jauh2 sikit. Mungkin dia dah sedar dah yang anak dia ni dah besar dah sebenarnye. heee...

Raya tahun ni jugak, aku brjaya buat puasa sunat 6 hari di bulan syawal..Alhamdulillah........

Raya tahun ni jugak la pertama kali aku pergi open house. Selama hari ni kalau ada open house, memang aku xpergi sebab xder transport n banyak lagi problem lain if nak pergi. hurmm...banyak jugak bende yang 1st time aku buat raye tahun ni ye..wassalam..