My photo
Serdang, Selangor, Malaysia

Wednesday, July 15, 2009

Bersedih hati...

Aku sedey sangat3 ni...Mak telefon beritahu yang nuning dah mati..kene langgar kat tepi jalan. Em..Nuning hanya tinggal dalam kenangan kami sahaja sekarang ni...:_(

ni gamba mase dia baby..terpakse bg dia minum susu pakai picagari sebab ibu dia lari menghilangkan diri...tengok..kesian dia..yatim piatu...cerdiknye dia...

ni dia da besar sikit.. umur dalam setahun...dia ni cerewet sikit..nk tdo kat tempat bersih je..mana tuan dia baring, kat situ jugak la dia nak baring...pandai mintak dimandikan plak tu.kalau dia panas..dia akan masuk dalam bilik air..mintak mandi..erm..rindu nak peluk dan cium dia...

tengok ni..dia pandai posing kan....tepat pandang kat kamera plak tu...comelnye kamu sayang...

kejap je kene peluk dah tdo da dia...manjenye...

posing cute dr dia...argh!!! sedeynye mengenang kamu....

Sape la yang langgar kucing cantik dan cerdik ni... :_( :_( :_( :_( :_( :_(

Cerita Air Bali

hmmm..ni aku na habaq mai pasal air bali ni....ada suatu malam tu..cik shida senget ni mesej aku tanye dah makan ke blom...aku cakap dah...tapi kalau nk teman dia p makan,aku on je waktu itu..shida, ko mmg lucky dapat kawan cam aku tau..wawaaa!!!!

shida ni mimpi ape ntah..tbe2 je mengidam nk makan sate..mengandung ke ape..huh! dia tnye aku, mane nk cari sate..aku cakap la kat dia yang aku tau cume kat kajang je..tapi..mengarut tol nk kesana di kala jam telah menunjukkan 10.30 pm...naik motor plak tu...da lah kami ni gadis..hheehe..jadinya, kami mengambil keputusan untuk pergi ka padang je..sampai sane, penjual sate cuti la plak..hehe..nk tergelak pun ade tengok shida yang terlalu teringin nk makan sate tu....hahaha...

dengan muke kecewa dan hati yang lara..dia bawak je motor dia tanpa hala tujuan...aku yang kat belakang dia ni redho je mana dia nk bawak aku..dah la kalau naik moto dengan dia ni terasa kurang kasih sayang! huh! last2 rupenye dia bawak aku sampai ke south city plaza....kat sini ade jual sate rupe2 nye...dapat la dia satenye itu..gembira sakan...hmm..

tp aku bukan nk cerita pasal sate dia..tapi pasal menu yang aku pesan kat situ...aku pesan kentang goreng dengan air bali suam...tapi..cube tengok kat bawah ni..ape je yang aku dapat??
ni air bali suam ke? hahah.. masa mamak ni anta air kat aku, dia siap cakap lagi.."bali suam"...
tapi cube korang tengok betapa besarnye ais dia...balai suam ke ni??? kalau la bali suam ghupa ini..bali ais ghupa apa ya???? hmmmmmm.......


bali suam yang xmacam bali suam pun...

kentang goreng + "bali suam"

Movie...

Wah....!! Lamenye aku tidak mencoretkan sesuatu di sini...Bak kate cik shida yang senget tu..aku punye blog ni dah bersawang dah..heeeeee......malas la..bz dengan tugas seharian menyebabkan aku ketandusan idea dan kehilangan mood untuk berkarya di sini..hehe...

ok..by the way,aku mulakan dengan movies yang aku tonton sepajang kehilangan aku ni...



transformer yang superb!!! best giler!!! kalau tengok lebih dari sekali pun care gak ni...aku tengok citer ni lepas 3 minggu citer ni ade kat panggung..hal ini disebab kan oleh tiket cerita ni yang asik sold out je..so..xpe la..lambat2 pun, aku tengok gak citer ni...best3!!! aku suke sangat2 citer ni..terutamanya..bumblebee yang cute itu..dan megan fox yang hot..hohoohoo... p tengok citer ni dengan kak elly n mai...kat alamanda...nak dijadikan cerita, ade pengalaman menarik yang memberi pengajaran kat ktorg ni..hehe...kak ely beli tiket online...pilih seat yang memang best la..caya lah kak elly..dia pilih seat G10,11 n 12..btol2 tengah...memang best view dia...tp..cerita ni sangat la panjang...tbe2 je kak ely n mai ni bisik kat aku yang duk tengah2 ni yang diorg nk g buang air..adoi la....ktorg kat tengah2 ni...camno nk keluar..memang kene marah dengan orang la...so...sampai ke sudah menahan diri memasing nk membuang air..heee..... gara2 ini..aku nk ketawa pun xbleh..kene marah dengan kak ely..heheh....so, next time kalau beli tiket online, pilih seat tepi yea..LOL!!:)

17 again....lame dah tengok citer ni...best jugak...kelakar...enjoy n sempoi...tengok citer ni dengan ijoy...kat jusco cheras selatan...best weh citer ni..sape yang xtengok lagi citer ni, p la download ke..beli cd ke..hehe..memang best..aku xtpu..


ice age!!!!! hahahah...citer ni memang lawak habis!! aku suke..aku tengok citer ni dengan babas n karam...kat jusco cheras selatan gak...perancangan awal sebenarnye nk tengok transformer waktu ni...tp tiket habis..so, tukar plan tgk citer ni plak la..memang xmendukacitakan..citer ni best...penat aku gelak dari starting citer sampai abis citer..hahahaa...

Monday, June 8, 2009

Sirah Nabi untuk dikongsi bersama...

"Sebesar apa pun dosa seseorang, apabila dihadapkan pada anugerah ALLAH, maka dosa itu tidak ada yang besar. Apabila seseorang sentiasa berprasangka baik kepada ALLAH, maka ALLAH akan memberikan yang terbaik baginya. bagaimanapun juga rahmat ALLAH lebih besar daripada segala bentuk dosa..."

Suatu hari Syaidina Umar menemui Rasulullah, Umar datang dengan tangis yang tersedu-sedu. Melihat tingkah Umar, Rasulullah menjadi hairan. Apa yang terjadi terhadap Umar...

"Wahai umar, Kenapa kamu masuk rumah sambil menangis tersedu-sedu?"

"Di luar ada orang menangis tersedu-sedu, ya Rasulullah, saya terharu melihatnya sehingga saya ikut menangis".

"Sudahlah Umar, suruh dia masuk ke dalam! Tanyalah apa yang sampai membuatnya menangis seperti itu".

Kemudian Syaidina Umar mempersilakan orang yang menangis di luar kediaman Rasulullah itu, untuk masuk ke dalam. Orang tersebut masih menangis tanpa henti kemudian Rasulullah bertanya kepada orang itu:

"Kenapa kamu menangis?"
"Saya berdosa, ya Rasulullah"
"Dosa apa?"
"Saya malu mengatakannya ya Rasulullah, dosa saya terlalu besar."
"Besar mana dosa kamu dengan dunia seisinya?"
"Besar dosa saya, ya Rasulullah."
"Besar mana dosamu dengan lautan sedunia?"
"Besar dosa saya, ya Rasulullah."
"Besar mana dosamu dengan langit tingkat tujuh?"
"Besar dosa saya, ya Rasulullah."
"Besar mana dosamu dengan gunung-gunung sejagat?"
"Besar dosa saya, ya Rasulullah."
"Besar mana dosamu dengan Arasy?"
"Besar dosa saya, ya Rasulullah."

Semua yang ditanyakan oleh Nabi dijawa
"Besar dosa saya, ya Rasulullah."

Lantas Rasulullah bertanya pada orang itu.
"Besar mana dosamu jika dibandingkan dengan rahmat ALLAH?"

Mendengar pertanyaan Rasulullah, orang itu langsung terperanjat.
"Oh... kalau itu, jelas besar rahmat ALLAH, ya Rasulullah."

Ternyata orang yang berdosa ini masih mempunyai prasangka baik (khusnudhon) kepada ALLAH.
"Sekarang, kalau memang kamu benar-benar berniat taubat, kenapa kamu mesti malu. sudah kamu tidak usah malu, ceritakan saja a[a yang telah kamu perbuat," perintah Rasulullah.

"Baiklah Rasulullah."
Kemudian orang itupun bercerita tentang apa yang diperbuatnya.

"Ya rasulullah, saya ini adalah seorang pencuri kain kafan orang yang sudah meninggal. Jika ada orang yang meninggal dunia dan kemudian dimakamkan, malamnya kuburan itu saya gali. Mayatnya saya naikkan ke atas, kafannya saya ambil, kemudian saya kuburkan lagi. Itu kalau mayatnya laki-laki."

"Namun apabila mayatnya itu, perempuan, lain la ya Rasulullah. Jika mayatnya adalah seorang wanita, sebelum saya kuburkan lagi, mayat itu saya gagahi (setubuhi) dulu, batu kemudian saya kebumikan lagi ya Rasulullah."

Orang itu bercerita dengan perasaan takut yang tiada tara. Betapa kagetnya Rasulullah ketika mendengar cerita tersebut, beliau tidak menduga sampai sejauh itu yang telah dilakukan oleh orang tersebut. Sampai Rasulullah berkata:

"Wahai kamu ahli maksiat, menyingkirlah kamu. Menyingkirlah, menjauhlah kamu daripadaku. Jangan sampai api ALLAH jatuh mengenaiku."

Mendengar ucapan Rasulullah, orang itu pun semakin sedih. Sama sekali dia tidak menduga bahawa Rasulullah akan mengusirnya. Dengan hatinya yang gundah gulana, orang itu meninggalkan kediaman Rasulullah. Jiwanya rapuh seketika kebingungan menyelimuti dirinya."

Orang itu berjalan sambil menitiskan air mata yang semakin deras. Hingga sampailah dia pada padang pasir yang sangat luas dan panas. Dia terus menangis, kepalanya diusap-usapkan diatas padang pasir yang sangat panas. Dia tersungkur dan terus menangis tiada henti. Ditengah-tengah kegelisahan yang tak bertepi, orang itupun menadahkan tangan dan berdoa kepada ALLAH. Dia mengadu atas apa yang menimpa pada dirinya."

"Ya ALLAH, begitu besar dosa yang telah aku lakukan. Aku benar-benar ingin bertaubat, akan tetapi Rasulullah mengusirku. Sekarang tinggal Engkau ya ALLAH. Jika Engkau memang tega kepadaku, sebab apa yang telah kuperbuat. Jika Engkau tega melihat keadaanku yang seperti ini, ya ALLAH, maka bakar sahaja aku di dunia ini, sebelum kau masukkan aku ke dalam kobaran api neraka. Bakar.., bakar.., bakar saja aku ya ALLAH Ta'ala, jika memang taubatku ini tidak diterima lagi. Seketika setelah berdoa, orang itu tergeletak tidak bernyawa. Orang yang ahli maksiat itu meninggal dunia bersama penyesalan dirinya."

Kemudian ALLAH memerintahkan malaikat Jibril untuk datang kepada Nabi Muhammad.
"Jibril, datanglah kau kepada kekasihku Muhammad. Tanyakan kepadanya;
"Siapakah yang menciptakan manusia?"
"Kalau dia jawab ALLAH, tanyakan lagi.."
"Siapakah yang menerima taubat manusia?"
"Apabila dia menjawab ALLAH, perintahkan kepada Muhammad untuk mengajak sahabat-sahabatnya merawat jenazh orang yang taubat itu, orang yang telah diusir oleh Muhammad"

"Perintahkan kepada Muhammad untuk menyolati, sebagaimana dia menyolati orang mukmin. Beritakan kepada Muhammad bahawa dosa-dosa orang tersebut telah aku ampuni..."

Sebenarnya,sebelum dia datang kepada Rasulullah, dia telah mendapat peringatan daripada ALLAH SWT, suatu hari, orang itu mencuri kain kafan seorang gadis perawan, di mana gadis itu merupakan salah satu puteri daripada sahabat Nabi, seperti kebiasaannya, bila korbannya adalah mayat perempuan, maka dia pasti menyetubuhinya. Ketika diamenyetubuhi mayat tersebut, tiba-tiba mayat tersebut berbicara:

"Wahai lelaki, apakah kamu tidak malu kepada ALLAH, kamu tidak malu disaksikan oleh ALLAH. Kamu tidak kasihan dengan aku. Sebelum aku dikuburkan, aku dibersihkan. Aku disucikan, sekarang kau buat aku telanjang. Kenapa kamu tidak kasihan kepadaku, wahai lelaki?"


---> Saje nak kongsi kisah ni dengan korang semua. Kita selaku manusia biasa sering kali alpa dengan setiap suruhan dan larangan dari ALLAH SWT. Time senang seringkali kita abai segala perintahNYA. Bila diberi sedikit ujian daripada NYA, barulah kita ni semua nk ingat dia...nak taubat...baru nk tunai solat..baru nk bukak semula Al-Quran..Kitab suci ALLAH.. itu untung masih ingat nk taubat walaupun lepas diberi petunjuk dari ALLAH taala...ade jugak yang tetap tidak mahu bertaubat sampai ke hujung nyawa... semoga kita sama2 menjadi hamba-NYA yang sentiasa patuh setiap suruhan dan larangan-NYA...Amin..Ya Rabbal Alamin...<----

Friday, June 5, 2009

Filem minggu ini...

da dekat 2 bulan aku xkeluar tengok wayang...xder mood dan xder rase nak tengok wayang walapun ade je cerita yang best...

tp minggu ni selang sehari aku g tengok wayang..selasa malam dan malam td (khamis)..

ari selasa tengok "MONSTER vs ALIENS"..kat mines bersama teman di lab..ijoy....wayang stat kul 9.20pm..tapi kul 8.15 ijoy da datang pick up aku kat umah.. b4 masuk panggung, perut meronta2 minta disi...nk cepat, kami makan mcd je..hmmm...best2...


dulu..aku xsuke tengok cartoon sebenarnye..tapi sejak duduk rumah sewa dan serumah dengan kawan2 yang memang suke tengok cartoon,terutamanya rumet aku (pjot) dan jiran bilik kami (mai), aku pun secara tidak langsung tersuka gak tengok cartoon ni...layan je...

berbalik pada citer monster vs aliens, mule2 mmg xcited giler ah nk tgk citer ni, sebabnye bosan duk umah dan juga mendengar komen dr pjot yang cakap citer ni best giler! so..sedikit sebanyak eager gak la nk tengok..bl ijoy ajak p tgk citer ni pun, aku on je la...

starting citer ni bosan sikit..tapi, xkisah pun..layan je...lame2 rase ok je citer ni..tapi kalau tengok yang 3d punye mesti lagi syok dia nye visual...mesti lagi real...tapi bayar pun lebih sikit la... hmmm..tengah sedap2 tengok citer ni, tbe2 je rase mengantuk yang teramat sangat...mmg xbleh nk control la..dan secara xsengajanya aku pun terlelap dengan sendirinye...tapi..rasenya la kan..bukan terlelap lagi, ni dah terlena terus sebab dengan nyenyaknya aku telah tertido selama 1 jam...huhu....sedar2 je ijoy kejut..tersentak, langsung terus segar..pastu cerita pun dah habis..hehe..rugi je saye masuk panggung citer ni....

filem kedua plak, "TERMINATOR SALVATION" aku tengok malam td..kat jusco cheras selatan. malam td ade tusyen kat equine..tba2 pjot tnya, nk tengok wayang x? aku on je..hee...so, abis tusyen terus la rushing blk umah..pjot bawa moto dengan derasnye...hmmmmmm....kat umah, bubo n todong yang pick up kitorng. tba2 berlaku kejadian yang tidak terduga oleh akal fikiran...bubo terlanggar divider longkang depan umah kami..terangkat kereta..rase cam nk tercampak keluar je..teperanjat xtau nk kate..tapi, mujurlah xder pape..cume rem kereta dia je kemek sikit...


sampai kat jusco, sara dan pda sudah setia menanti kehadiran kami ber-4.. aku pun berjalan masuk ke panggung bersama mereka dengan mata yang sudah mula mengantuk..adoila..dalam hati ku berbisik.."xkan aku nk tdo lagi kot...bertahan.bertahan..ct..."

starting cerita ni agak memberangsangakan la dengan aksi2 suspen dalam cerita ni...i like it! hilang mengantuk aku..sepanjang cerita, penuh dengan aksi2 mendebarkan...rase macam masuk je dalam citer ni....macam berada dalam filem plak..(chewah..).. citer ni buat aku rase cam nk putus nyawa je bl tengok pelakon2 citer ni kene kejar dengan robot2 jahat... masing2 berusaha nk selamatkan diri memasing...huh..xbleh bayang kalau ade dalam keadaan camtu..peluru dan bom disana sini..teringat plak kisah2 perang yang berlaku kat negara2 timur tengah akibat dari kekejaman tentera zionis israel! sungguh insaf aku terasa..

2 filem yang berbeza sungguh genre nye....by the way, ok je ke 2 2 cerita ini.tapi bergantung pada minat masing2 la suka filem genre yang mane..kalau sesiapa yang minat filem komedi dan rase nk gelak sakan untuk release tensyen, p la tengok monster vs aliens...tapi sesiapa yang lebih suka filem aksi dan suspen, p la layan terminator salvation..best!

kepada sesiapa yang belom lagi menonton ke 2 2 filem ini dan bercita2 untuk menontonnya, diucapkan selamat menonton ya! :)

Thursday, June 4, 2009

Tuhan bayar cash!

adoi la....tetibe arini(03/06/09) xder org nk p membeli makanan ar plak...geng2 semua xder..

kak kina---------- tunggu rombongan nk lawat lab
ijoy---------------- IBS
ayu---------------- IBS
ain---------------- IBS
aku--------------- free....

gamaknye...tinggal aku orang la yang kene g beli makanan ni..erm...sape aku nk ajak teman ye...
hmmmmmmmm...............

BABAS!!!

dia kate dia free sepanjang hari arini kan..hmm..ajak dia la..bestnye..dia ok je tuk menemankan aku membeli makanan untuk the geng..thanx ye babas...

1 bende yang aku heran dengan si babas ni,dia ni xbleh tol berjumpe dengan aku..mesti dia gelakkkan aku..ape ingat aku ni badut ke keje buat lawak je..hampeh tol..

punye la sakan dia mengutuk aku...macam balas dendam seminggu xmengutuk dan menggelakkan aku..dia punye gelak arini tripple plak jadinye... BENCI!!!!!

tengah syok2 dia gelakkan aku, tbe2 kaki dia tersadung batu langsung terlanggar dan termasuk dalam tong sampah! tergamam seketika aku disitu melihat kejadian tersebut.....tp beberapa saat lepas tu..teburai la plak aku punye gelak....

WAKAKAKAKAKAKAKA!!!!

padan muke ko! tuhan bayar cash tau...tu la...sakan lagi gelakkan aku..hahaha...dia xpuas ati ni beb! cover baik punye la muke dia tu...control macho...padahal xmacho langsung pon....terus buat2 tukar topik lain konon...

hai....memang aku xbleh lupa la cara dia masuk dalam tong sampah tu...tragis siot...kalau la bleh diulang balik..memang aku dah rakam aksi tersebut untuk tontonan umum....hahahaa!!

moral of the story...jangan mendengki kat orang..nnt tuhan bayar cash tau..huhu....

Tuesday, June 2, 2009

Minggu Yng Sarat..

(25/05/09 - 31/05/09)... Minggu yang dirasakan sangat sarat sekali... terasa macam bermaknanya hidup aku sepanjang minggu ni dengan kerja2 yang xhabis2 lagi sampai sekarang..


Isnin (25/05/0
9) -

-buat labwork sampai xtengok orang..huhu...khusuyuk amat..ni semua gara2 nk p hantar team Kinabalu kat LCCT keesokan harinya...tapi..bagus jugak camni ye..sampai kene tegur dengan kak ili.. "
ct kelihatan amat rajin la hari ni..." huhu..
-8.00 pm... g lab lagi.. set up xperiment...12hr reaction. tapi malangnye...xdapat setup pun... kedua2 water bath shaker bermasalah... 1st heater x berfungsi.. 2nd plak dia nye shaker xfungsi..adoi la...
-g makan dengan "makhluk"...pastu dia anta blk lab semula (11.00 pm)...
- kul 11.00pm...masuk lab semula...amek sample n teman zati..then run xperiment yang terendala td guna water bath shaker yang lain.
- 12 am..dah masuk 26 hb ni...blk umah

Selasa (26/05/09)
-7.45 am..dah sampai lab... buat pertama kalinya setelah sekian lama,kagum dengan diri sendiri sebab harini punch kad hitam...wawawawa!!!

-8.45 am..keje setel...breakast at parkview..alone....
-9.30 am.. blk umah..tggu nk anta team kinabalu kat LCCT
-10.45 am.. gerak g padang..team kinabalu nk makan dulu..
-11.30 am.. memulakan perjalanan ke LCCT

-12.15 sampai LCCT..tunggu diorng sampai kul 1 lebih
-1 lebih..gerak blk umah dengan karam...sepanjang perjalanan beborak macam2... -2.30 pm. sampai umah..
-3.30 pm. tdo sampai petang..
-9.20 pm..teman ijoy dinner

-11.00 pm..g lab..teman zati tengok sample

-12.00 am..blk umah..lepak depan umah sampai kul 2..borak dengan zati..(habis kene gigit nyamuk kaki aku).
-2.30 am.. tdo


Rabu (27/05/09)

-10.00 am baru sampai lab..
-11.30 am.. angkat sample n set up lagi sample..
-12.45 pm.. lunch dengan geng
-3.30 pm.. blk.. -5.00 pm..tdo
- 6.30pm..bgn..mandi then prepare tuk tusyen

- 7.45 pm..g tusyen..alone..shida xder...pjot pun xder..tegar je beranikan diri bawak moto sensorang memalam n jejauh...alhamdulillah..selamat... - 10.15 pm..blk tusyen
- 10.45 pm..sampai umah
-11.30 pm.. tdo

Khamis (28/05/09)
- 9.00 am. sampai d lab
- baca surat khabar
- analisis sample
-lunch
-3.00pm blk umah

-7.30 pm g lab, set up xperiment
-7.50 pm g tusyen dengan cik pda..jage test..
-10.15 pm blk tusyen. makan kat molana dengan pda, jo, sara, bubo n bakal pengantin (pakcik) -sakan mengusik pakcik sampai kul 1.00 am..
-blk..mandi..
-2.00 am..tdo

Jumaat (29/05/09)

-7.30 am dah sampai lab..nk angkat sample sebenarnye..
-8.30 am..setel semua keje terus blk umah
-kemas umah sebab rase semak tengok umah da besepah2..
-12.00pm.. keluar g mines dengan cik pda..cari hadiah kawen pakcik
-3.30 pm..blk umah..telelap jap..

-4.00 pm.. mandi..tukar baju

-4.45 pm.. keluar dengan ijoy..g jusco cheras..shopping...
-7.30pm..sampai umah..
-10.00 pm..tdo..


Sabtu (30/05/09)

-spend the whole day with my family..
-layan ismail yang nk g petrosains n dinotrek
-BOSAN!!!!!!!!

-blk dari KLCC shopping kat jalan Tar dengan family..

-BEST!!!
-7.00 pm..sampai umah..family teruskan perjalan blk BP
-rehat2..borak2..tengok tv..

-11.00 pm..tdo


Ahad (31/05/09)

-8.30 am..breakfast at Bismillah

-9.30 am.. gerak g Muar..majlis kawen pakcik n kak jijah

-mula2 naik dngan Jo

-sampai senawang, tukar naik dengan pit coz teman pda..

-sampai muar kul 12
-pakcik da nikah da..
-lepak2..tuggu sampai pengantin bersanding..

-begambar dengan pengantin

-3.30 pm..blk serdang..naik dengan pit gak..coz jo singgah umah atok dia...

-5.00 pm..sampai senawang..anta pda..

-jem TERAMAT DAHSYAT

-teruskan perjalanan blk serdang lalu jalan dalam yang xpernah langsung dilalui oleh kami..

-nk elak jem punye pasal...terjumpe plak highway baru (LEKAS)..lalu sini jadi jauh yang teramat sangat..gelap...sunyi...keluar kat pekan bangi lama...adoi la...
-penatnye...
-8.15 pm..sampai bangi...berhenti solat

-teruskan perjalanan..

-kul 9.05 pm sampai serdang..makan kat molana (aku, pit n todong).. adoila... selamber je aku rase..wat xtau..tapi sonyap jo la den ni ha...

-10.00 pm..blk umah...mandi...rehat..

-shida plak kol..borak2 sampai kul 11.30 pm

-12.00 am..tdo..

zzZZZZZZZZzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzz